Plagiarisme adalah perbuatan meniru dan menyalin semula hasil tangan orang lain dari segi kreatif atau penemuan teknikal. Dalam bidang kesenian, plagiarisme ini didefinisikan dari pelbagai aspek. Ada yang menganggap plagiarisme sebagai meniru semata-mata dan ada juga yang menganggap plagiarisme ini sendiri sebagai satu bentuk seni. Seni, contohnya dalam muzik kategori electronic dan rap, di mana sampling banyak digunakan. Sampling iaitu memasukkan lagu orang lain ke dalam lagunya kemudian ditambahkan nyanyian rap sana sini. Kadang-kadang ada yang terus mengambil satu riff lagu lain kemudian diulang sepanjang 'lagu baru'-nya. Ye, kadang-kadang aku rasa seni my ass.
Adapun, plagiarisme tidak lari daripada bintang-bintang yang kita sanjungi selama ini. Sama ada kebetulan atau tidak, sukar untuk kita abaikan. Lagu-lagu di bawah ini adalah lagu-lagu yang aku saspek ada unsur-unsur plagiarisme. Aku pernah reveal benda ini kepada Trong dalam perjalanan balik dari Kemaman. Rokiah tidur di belakang, macam biasa. Dan Trong nampak begitu kecewa dengan pendedahan ini. Ye aku faham, aku faham.
Khayalan (Black Dog Bone)
Fantasy (Earth, Wind and Fire)
Ini adalah antara 'lagu tiru' yang famous. Kata orang putih, 'blatant ripoff. Tapi aku tak pasti sama ada mereka tiru diam-diam, atau tiru berlesen (maksudnya meminta izin pemilik lagu Fantasy ini untuk direkod semula dalam bahasa melayu). Apapun, benda ini bukan rahsia lagi. Ada satu masa kau boleh dengar lagu Khayalan selalu diputar di radio bahasa melayu, pada masa yang sama Fantasy diputar di radio bahasa inggris.
Markah Tiru : 98
*************************************************
Hore Hore (Sudirman)
Don't let the Stars Get in Your Eyes (Perry Como)
Markah Tiru : 90
*************************************************
Sabar Menanti (Broery Marantika)
It's Magic (Sarah Vaughan)
Yang ini aku discover pada awal tahun 2008 ketika fasa aku mendengar Sarah Vaughan dan Ella Fitzgerald. Ini fasa yang mana kawan kubikel sebelah aku yang memang lebih tua daripada aku bertanya kepada aku umur sebenar aku. Kedua-dua lagu ada persamaan dari segi lenggok nyanyian dan mungkin juga menggunakan not yang sama, kalau bukan progression-nya sahaja. Jikalau ada curve untuk visualize kedua-dua lagu ini aku yakin rupanya hampir sama.
Markah Tiru : 70
*************************************************
Jiwa Bergelora (P. Ramlee)
Yang inipun terjumpa secara tak sengaja ketika mendengar radio Danny Stiles. Barangkali tak begitu jelas persamaannya, tetapi kita boleh tangkap bermula dari "cintaaa apakah.." dengan "you dream..". Keseleruhan rangkap itu mempunyai corak yang sama. Kemudian disudahi dengan satu riff, walaupun berlainan tetapi dengan tempo yang similar.
Markah Tiru: 60
*************************************************
Merak Kayangan (P.Ramlee)
I'll Always Love You (Dean Martin)
Ini boleh dikatakan sebagai penemuan yang paling mengecewakan buat aku. Merak Kayangan adalah lagu P. Ramlee favrit aku. Lagu ini pada aku amat berbeza berbanding lagu-lagunya yang lain dari segi feel dan mood. Yang ini aku dapat tahu daripada komen seorang youtuber. Lebih mengecewakan ialah peniruannya yang hampir verbatim.
Markah Tiru: 90
Walaubagaimanapun, aku tidaklah begitu terkilan. Hero-hero di atas ini sekadar menyanyikan lagu-lagu ini sahaja. Lebih patut dipersalahkan ialah siapa yang mengambil kredit sebagai penulis-penulis lagu ini. Dan mengetahui tentang hal ini pun, aku tidaklah sampai membenci lagu-lagu yang dinyanyikan artis-artis tempatan (dan indonesia) ini. Terutama sekali Merak Kayangan. Aku masih lagi menyukai lagu Merak Kayangan. Mungkin kerana aku mendengarnya dulu atau mungkin kerana liriknya tampak dekat dengan aku.
Ewaahh!
No comments:
Post a Comment