Friday, March 14, 2014

Mistik Dalam Diri Kita

Bersembang memang seronok. Tambah pula kalau isunya memang menarik. Kadang-kadang berbual begitu rancak sampai bertarik-tarik seluar di celah ponggong. Dan apabila meliputi topik mistik, enter Hazrough Said. Kalau ada topik yang mampu menggeletek putingnya, ia adalah hal-hal mistik.

Hazrough boleh dikatakan seorang yang berpengetahuan tentang perkara-perkara mistik. Dari hantu ke jampi serapah sehinggalah kumpulan kultus tai chi di Tasik Shah Alam, semua ada di belakang tangannya. Semua ini dia dapat daripada internet. Dalam perbincangan topik mistik, biasanya dia inilah yang akan mendominasi ruang suara. Sehinggakan ada rakan-rakannya yang mengesyaki si Hazrough ini ada menyimpan pedang purba berhulu tengkorak di rumahnya. Tengkorak orang kenit.

Satu perkara yang sering ditimbulkan Hazrough ialah mistisisme nombor yang sering dialaminya. Katanya selalu berlaku apabila dia memandang sesuatu bernombor seperti jam digital, kalendar kompiter dan berat keropok di belakang bungkusan, dia mendapati nombor-nombor pada ketika itu adalah sama seperti 11:11, 555 dan 888. Ini padanya adalah seakan mata ketiganya dalam dunia mistik. Mistik nombor sama bersiri. Apa gunanya mistik nombor bersiri ini tidaklah pasti.

Satu malam, selepas satu sesi berborak bersama rakan-rakannya, Hazrough memandu pulang ke rumahnya yang terletak di Bukit Jerudong seorang diri. Isterinya tidak ada ketika itu kerana berada di Malin Kundang memasak telur tembakul. Dalam perjalanan dia memandang jam digital pada dashboard keretanya. Jam menujukkan pukul 3:19 pagi. Fuh, berdebar juga hatinya. Sudahlah tadi semasa berborak dia ada bukak cerita mistik nombor ini. Tidak lama dia memandang lagi jam. 3:27.

Untuk menambah mood seram sejuk, Hazrough tidak memasang lagu sepanjang perjalanan. Lagi sekali dia pandang ke arah jam. 3:32. Hatinya semakin berdebar.

Kali keempat, dia pandang jam dan jam menunjukkan pukul 3:33 pagi.
"Hah! Aku dah kata dah!", katanya di dalam hati selepas membilang lebih kurang 50 saat, juga di dalam hati.

 

4 comments:

bee said...

Beasty kewwww?

adib said...

kah kah kah. eh ini rekaan semata-mata la kak atul. tapi ada la komposit sikit di situ hahahaha

Unknown said...

Haha bongok....

Unknown said...

Haha bongok....