Friday, April 4, 2014

Perang Aerobik

Siapa sangka dua tahun selepas aku menulis tentang sukan aerobik di sini , dunia kita dilanda satu peperangan dingin aerobik. Ya, sukan (Atau tarian. Yang ini paus aerobik dunia kena decide nak pilih mana satu) yang kau anggap tidak merbahaya selama ini sedang melalui perang dingin antara puak, yang hanya menghitung hari untuk meledak menjadi peperangan fizikal. Atau dance-off, bergantung kepada apa yang dipilih oleh paus aerobik dunia.

Di satu sudut ada aerobik klasik. Aerobik asli yang kau tonton selalu di TV1 setiap pagi Ahad pada tahun 1992. Ya, yang 'lapan, lapan lagi' tu. Aerobik klasik ini masih bertahan sampai sekarang walaupun slotnya di TV1 sudah diambil rancangan kartun, dan ia masih ada pengikut yang ramai. Cabang baru pertama yang muncul dari aerobik klasik ini boleh dikatakan baru juga, dicetus satu gerakan yang dinamakan Poco-poco. Poco-poco ini tariannya santai dan sambil lewa. Tidak hairanlah makcik-makcik yang hardcore poco-poco maintain gemuk.

Namun tidaklah sehingga baru-baru ini apabila dunia kita dibanjiri dengan variasi aerobik seperti Zumba, Samba, Iya-iyalah dan Herbalife. Tetapi dengar cerita, yang terkini ialah sejenis kultus yang dinamakan Jazzercise. Dan dengar cerita walaupun namanya Jazz tetapi lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu pop yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi tak terkenal seperti Kitty Perry, Will Ferrell dan Pitbull (nama pitbull ni cukup digeruni semasa aku kecik dulu dek kerana cerita mak aku bagaimana mereka boleh gigit kaki manusia sampai hancur). Ini semacam tak masuk akal, nama jazz tapi tak main lagu jazz.

Lainlah dengan apa yang aku tengah develop sekarang ni. Aku sekarang sedang mencipta satu sukan berasaskan tangga. Sukan ini melibatkan aktiviti turun naik tangga sambil mendengar lagu-lagu lama nyanyian Billie Holiday, Sarah Vaughan, Nat King Cole, Sam Saimun, Bing Slamet dan S. Dharmanto.  Secara ringkas sukan ini mengaplikasikan ketenangan tai chi sambil menekankan ketangkasan capoiera. Buat masa ini aku hanya buka slot keahlian seramai 4 orang. Tak boleh ramai-ramai sangat.

Apapun jika berlaku peperangan fizikal (atau dance-offf) antara puak aerobik ini, aku akan join dan sudah tentu akan menang. Tatkala mereka berpusing-pusing terangkat-angkat kaki dengan muzik kuat di bawah, aku akan berada di puncak tangga mendengar iPod, kerana aku yakin tiada satu pun ada mengajar bagaimana mahu memanjat tangga. Dan setelah hanya tinggal lone survivor, mudah untuk aku habiskan (kebarangkalian tinggi lone survivor ini daripada Jazzercise, kerana dengar cerita ada unsur-unsur bersilat di dalamnya).




2 comments:

IlaTwin said...

Kuang asam ko dib! Haha jazzercise cool okayyyy plus katy perry glemerr la gila haha

adib said...

Hehehe. Lupa pulak aku nak bubuh pasal penggunaan budak-budak. Dengar cerita ada yang cuba rekrut budak seusia 2 tahun!