Siapa sangka dua tahun selepas aku menulis tentang sukan aerobik di sini , dunia kita dilanda satu peperangan dingin aerobik. Ya, sukan (Atau tarian. Yang ini paus aerobik dunia kena decide nak pilih mana satu) yang kau anggap tidak merbahaya selama ini sedang melalui perang dingin antara puak, yang hanya menghitung hari untuk meledak menjadi peperangan fizikal. Atau dance-off, bergantung kepada apa yang dipilih oleh paus aerobik dunia.
Di satu sudut ada aerobik klasik. Aerobik asli yang kau tonton selalu di TV1 setiap pagi Ahad pada tahun 1992. Ya, yang 'lapan, lapan lagi' tu. Aerobik klasik ini masih bertahan sampai sekarang walaupun slotnya di TV1 sudah diambil rancangan kartun, dan ia masih ada pengikut yang ramai. Cabang baru pertama yang muncul dari aerobik klasik ini boleh dikatakan baru juga, dicetus satu gerakan yang dinamakan Poco-poco. Poco-poco ini tariannya santai dan sambil lewa. Tidak hairanlah makcik-makcik yang hardcore poco-poco maintain gemuk.
Namun tidaklah sehingga baru-baru ini apabila dunia kita dibanjiri dengan variasi aerobik seperti Zumba, Samba, Iya-iyalah dan Herbalife. Tetapi dengar cerita, yang terkini ialah sejenis kultus yang dinamakan Jazzercise. Dan dengar cerita walaupun namanya Jazz tetapi lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu pop yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi tak terkenal seperti Kitty Perry, Will Ferrell dan Pitbull (nama pitbull ni cukup digeruni semasa aku kecik dulu dek kerana cerita mak aku bagaimana mereka boleh gigit kaki manusia sampai hancur). Ini semacam tak masuk akal, nama jazz tapi tak main lagu jazz.
Lainlah dengan apa yang aku tengah develop sekarang ni. Aku sekarang sedang mencipta satu sukan berasaskan tangga. Sukan ini melibatkan aktiviti turun naik tangga sambil mendengar lagu-lagu lama nyanyian Billie Holiday, Sarah Vaughan, Nat King Cole, Sam Saimun, Bing Slamet dan S. Dharmanto. Secara ringkas sukan ini mengaplikasikan ketenangan tai chi sambil menekankan ketangkasan capoiera. Buat masa ini aku hanya buka slot keahlian seramai 4 orang. Tak boleh ramai-ramai sangat.
Apapun jika berlaku peperangan fizikal (atau dance-offf) antara puak aerobik ini, aku akan join dan sudah tentu akan menang. Tatkala mereka berpusing-pusing terangkat-angkat kaki dengan muzik kuat di bawah, aku akan berada di puncak tangga mendengar iPod, kerana aku yakin tiada satu pun ada mengajar bagaimana mahu memanjat tangga. Dan setelah hanya tinggal lone survivor, mudah untuk aku habiskan (kebarangkalian tinggi lone survivor ini daripada Jazzercise, kerana dengar cerita ada unsur-unsur bersilat di dalamnya).
Friday, April 4, 2014
Monday, March 24, 2014
Ya Tobek
Ini adalah antara cerita-cerita kecil yang sering diceritakan arwah ayah dulu. Kisah Ya Tobek.
Dulu di kampung Jeram Mengkuang, Bidor ada seorang pemuda bernama Ya Tobek. Apa nama betulnya tidaklah aku tahu.
Satu hari ketika berbasikal di pekan, berlaku satu kemalangan antara seorang lelaki cina dan barangkali sebuah motokar. Kemalangan ini berlaku di depan Ya Tobek. Dan kebetulan pula lelaki cina ini tadi rupanya mirip Haji Usop, iaitu atuk aku. Atuk aku ini kira dikenali juga di kalangan orang kampung memandangkan dia salah seorang imam mesjid Jeram Mengkuang. Menyangkakan lelaki cina itu ialah atuk aku, Ya Tobek terus meluru ke arah lelaki cina ini tadi dan memapahnya. Aku tak pasti sama ada dia menumpang kereta yang melanggar tadi atau menahan kereta lain, tapi kiranya dia membawa lelaki cina ini menaiki kereta orang untuk dibawa ke klinik.
Di dalam kereta dia cuba menenangkan lelaki cina yang disangkakan atuk aku itu.
"Sabor Tok Ngah kita dah nak sampei ni", katanya.
"Haiyaa", keluh cina itu ditempat duduk belakang.
"Iyee ini Ya le nii", sambut Ya Tobek yang menyangkakan lelaki cina itu menyeru namanya.
"Haiyaa"
"Iyee ini Ya le nii"
Begitulah lebih kurang pertukaran verbal antara mereka berdua sehinggalah Ya Tobek ini merasakan sesuatu yang tidak kena.
Haji Usop, atau Tok Ngah, imam mesjid Jeram Mengkuang, pakai seluar pendek?

Friday, March 14, 2014
Mistik Dalam Diri Kita
Bersembang memang seronok. Tambah pula kalau isunya memang menarik. Kadang-kadang berbual begitu rancak sampai bertarik-tarik seluar di celah ponggong. Dan apabila meliputi topik mistik, enter Hazrough Said. Kalau ada topik yang mampu menggeletek putingnya, ia adalah hal-hal mistik.
Hazrough boleh dikatakan seorang yang berpengetahuan tentang perkara-perkara mistik. Dari hantu ke jampi serapah sehinggalah kumpulan kultus tai chi di Tasik Shah Alam, semua ada di belakang tangannya. Semua ini dia dapat daripada internet. Dalam perbincangan topik mistik, biasanya dia inilah yang akan mendominasi ruang suara. Sehinggakan ada rakan-rakannya yang mengesyaki si Hazrough ini ada menyimpan pedang purba berhulu tengkorak di rumahnya. Tengkorak orang kenit.
Satu perkara yang sering ditimbulkan Hazrough ialah mistisisme nombor yang sering dialaminya. Katanya selalu berlaku apabila dia memandang sesuatu bernombor seperti jam digital, kalendar kompiter dan berat keropok di belakang bungkusan, dia mendapati nombor-nombor pada ketika itu adalah sama seperti 11:11, 555 dan 888. Ini padanya adalah seakan mata ketiganya dalam dunia mistik. Mistik nombor sama bersiri. Apa gunanya mistik nombor bersiri ini tidaklah pasti.
Satu malam, selepas satu sesi berborak bersama rakan-rakannya, Hazrough memandu pulang ke rumahnya yang terletak di Bukit Jerudong seorang diri. Isterinya tidak ada ketika itu kerana berada di Malin Kundang memasak telur tembakul. Dalam perjalanan dia memandang jam digital pada dashboard keretanya. Jam menujukkan pukul 3:19 pagi. Fuh, berdebar juga hatinya. Sudahlah tadi semasa berborak dia ada bukak cerita mistik nombor ini. Tidak lama dia memandang lagi jam. 3:27.
Untuk menambah mood seram sejuk, Hazrough tidak memasang lagu sepanjang perjalanan. Lagi sekali dia pandang ke arah jam. 3:32. Hatinya semakin berdebar.
Kali keempat, dia pandang jam dan jam menunjukkan pukul 3:33 pagi.
"Hah! Aku dah kata dah!", katanya di dalam hati selepas membilang lebih kurang 50 saat, juga di dalam hati.

Wednesday, March 12, 2014
Film Quotes [5]
Jessica: "N.Y"
Sam: What's that?
Jessica's Father: No way.
Sam: That's "N.W"
Jessica: New York. He's on his way to New York
Sleepless in Seattle, 1993
Sam: What's that?
Jessica's Father: No way.
Sam: That's "N.W"
Jessica: New York. He's on his way to New York
Sleepless in Seattle, 1993
Labels:
Film Quotes
Tuesday, March 11, 2014
Bercakap Dengan Budak-budak
Komunikasi aku dengan budak-budak berkisar antara 3 orang adik beradik, Aiman(9), Anis(7) dan Sasha(3). Bapak mereka duduk di depan bilik aku, jadi kalau ada benda tak kena di sekolah atau nursery, mereka akan lepak di pejabat. Dan mengganggu aku.
Anis: Uncle ini tengkorak apa? (memegang mainan tengkorak yang aku beli di pasar malam, yang mana kalau dipicit akan keluar semacam ulat dari matanya)
Aku: Eh jangan diusik tu. Itu tengkorak orang kenit. Orang kenit tu dah mati uncle simpan tengkorak dia. \
Aiman: Aiman tak rasa ini tengkorak orang kenit. (dengan seriusnya)
Sasha: Uncle gemok, uncle gemok. Hahaha. Makan nasik lemak pastu gemok.
Why thanks Sasha. That really hurts.

***
Aku: Sasha bila nak masuk sekolah darjah satu?
Sasha: Tahun depan.
***
Anis: Uncle, uncle pernah tak jatuh dari atas ni? (menunjuk ke luar tingkap di pejabat 7 tingkat)
Aku: Belum lagi.
Aiman: Sakit la Anis
***
Aiman cukup semangat mengajak aku bermain Minecraft, sebuah permainan video dengan premis seperti lego kalau tak silap. Dia menunjukkan aku bagaimana memainkan permainan ini di iPad-nya. Dan ketika itu satu manifestasi seekor babi muncul di skrin iPad.
Aku: Ha tu babi. (sebenarnya agak terkejut)
Anis: Boleh makan.
Aiman: Aah
(Senyap seketika, sambil dia terus bermain.)
Aiman: Tapi dalam game je lah.
***
Sasha: Uncle gemok, uncle gemok. Hahaha. Makan nasik lemak pastu gemok.
Why thanks Sasha. That really hurts.
Labels:
Bercakap
Friday, March 7, 2014
Air Panas
"Minum?", tanya mamak pengambil order. Bos dan kawan aku dah order, teh tarik masing-masing.
"Air panas", aku kata.
"Air panas tu air apa?", tanya kawan aku di sebelah, dengan serius.
Aku tak sangka pembangunan dunia sekarang ini terlalu pesat sampai air panas pun tak tau apa benda.
"Air panas", aku kata.
"Air panas tu air apa?", tanya kawan aku di sebelah, dengan serius.
Aku tak sangka pembangunan dunia sekarang ini terlalu pesat sampai air panas pun tak tau apa benda.
Wednesday, March 5, 2014
Hero-hero Kita dan Plagiarisme
Plagiarisme adalah perbuatan meniru dan menyalin semula hasil tangan orang lain dari segi kreatif atau penemuan teknikal. Dalam bidang kesenian, plagiarisme ini didefinisikan dari pelbagai aspek. Ada yang menganggap plagiarisme sebagai meniru semata-mata dan ada juga yang menganggap plagiarisme ini sendiri sebagai satu bentuk seni. Seni, contohnya dalam muzik kategori electronic dan rap, di mana sampling banyak digunakan. Sampling iaitu memasukkan lagu orang lain ke dalam lagunya kemudian ditambahkan nyanyian rap sana sini. Kadang-kadang ada yang terus mengambil satu riff lagu lain kemudian diulang sepanjang 'lagu baru'-nya. Ye, kadang-kadang aku rasa seni my ass.
Adapun, plagiarisme tidak lari daripada bintang-bintang yang kita sanjungi selama ini. Sama ada kebetulan atau tidak, sukar untuk kita abaikan. Lagu-lagu di bawah ini adalah lagu-lagu yang aku saspek ada unsur-unsur plagiarisme. Aku pernah reveal benda ini kepada Trong dalam perjalanan balik dari Kemaman. Rokiah tidur di belakang, macam biasa. Dan Trong nampak begitu kecewa dengan pendedahan ini. Ye aku faham, aku faham.
Khayalan (Black Dog Bone)
Fantasy (Earth, Wind and Fire)
Ini adalah antara 'lagu tiru' yang famous. Kata orang putih, 'blatant ripoff. Tapi aku tak pasti sama ada mereka tiru diam-diam, atau tiru berlesen (maksudnya meminta izin pemilik lagu Fantasy ini untuk direkod semula dalam bahasa melayu). Apapun, benda ini bukan rahsia lagi. Ada satu masa kau boleh dengar lagu Khayalan selalu diputar di radio bahasa melayu, pada masa yang sama Fantasy diputar di radio bahasa inggris.
Markah Tiru : 98
*************************************************
Hore Hore (Sudirman)
Don't let the Stars Get in Your Eyes (Perry Como)
Markah Tiru : 90
*************************************************
Sabar Menanti (Broery Marantika)
It's Magic (Sarah Vaughan)
Yang ini aku discover pada awal tahun 2008 ketika fasa aku mendengar Sarah Vaughan dan Ella Fitzgerald. Ini fasa yang mana kawan kubikel sebelah aku yang memang lebih tua daripada aku bertanya kepada aku umur sebenar aku. Kedua-dua lagu ada persamaan dari segi lenggok nyanyian dan mungkin juga menggunakan not yang sama, kalau bukan progression-nya sahaja. Jikalau ada curve untuk visualize kedua-dua lagu ini aku yakin rupanya hampir sama.
Markah Tiru : 70
*************************************************
Jiwa Bergelora (P. Ramlee)
Yang inipun terjumpa secara tak sengaja ketika mendengar radio Danny Stiles. Barangkali tak begitu jelas persamaannya, tetapi kita boleh tangkap bermula dari "cintaaa apakah.." dengan "you dream..". Keseleruhan rangkap itu mempunyai corak yang sama. Kemudian disudahi dengan satu riff, walaupun berlainan tetapi dengan tempo yang similar.
Markah Tiru: 60
*************************************************
Merak Kayangan (P.Ramlee)
I'll Always Love You (Dean Martin)
Ini boleh dikatakan sebagai penemuan yang paling mengecewakan buat aku. Merak Kayangan adalah lagu P. Ramlee favrit aku. Lagu ini pada aku amat berbeza berbanding lagu-lagunya yang lain dari segi feel dan mood. Yang ini aku dapat tahu daripada komen seorang youtuber. Lebih mengecewakan ialah peniruannya yang hampir verbatim.
Markah Tiru: 90
Walaubagaimanapun, aku tidaklah begitu terkilan. Hero-hero di atas ini sekadar menyanyikan lagu-lagu ini sahaja. Lebih patut dipersalahkan ialah siapa yang mengambil kredit sebagai penulis-penulis lagu ini. Dan mengetahui tentang hal ini pun, aku tidaklah sampai membenci lagu-lagu yang dinyanyikan artis-artis tempatan (dan indonesia) ini. Terutama sekali Merak Kayangan. Aku masih lagi menyukai lagu Merak Kayangan. Mungkin kerana aku mendengarnya dulu atau mungkin kerana liriknya tampak dekat dengan aku.
Ewaahh!
Subscribe to:
Posts (Atom)