Wednesday, August 24, 2011

Templat Sinetron

Di Indonesia, dikatakan siaran televisyen mereka kini dibanjiri sinetron-sinetron atau sinematik elektronik. Sinetron ini dalam erti kata lain adalah drama siri TV tetapi kerana beberapa sifatnya yang unik (atau tidak), ia harus diberi nama sinetron. Hanya Indonesia menghasilkan sinetron sepertimana hanya negeri Champagne menghasilkan, well, champagne.

Apapun lambakan sinetron ini kadang-kadang membuatkan kita terfikir apakah mereka ini tidak kering idea? Sekali jalan barangkali ada lebih 8 buah sinetron ditayang secara serentak. Samada ya, atau mungkin sudah ada templat untuk menghasilkan satu sinetron. Dan tajuk rencana ini mungkin sudah memberi jawapan.
Berikut merupakan rangka yang membina templat sinetron:

1) Tajuk
Untuk memberi tajuk kepada satu satu sinetron amat mudah. Hanya gunakan dua kata nama seperti Bawang Putih Bawang Merah, Nona Dewa, Konda Kondi dan sebagainya. Dan kedua-dua kata nama ini boleh menampakkan seperti ada maksud seperti Bintang dan Kejora walhal hanyalah nama watak utama sinetron itu. Jadi jangan terkejut jikalau sinetron bertajuk Lesung Batu adalah kisah adik beradik bernama Lesung dan erm, Batu.

2) Plot
Plot cerita untuk sinetron biasanya mesti melibatkan keluarga, harta, cinta dan pembelotan. Ini perkara standard. Watak protagonis mesti akan tertindas dengan teruk sekali. Penindas biasanya keluarga sendiri, dan semestinya keluarga tiri. Watak utama biasanya akan ada penyelamatnya, atau Prince Charming-nya, yang secara tipikalnya, bodoh. Pada akhir cerita sudah tentu protagonis akan menang dan antagonis akan kalah teruk.

3) Terjemahan Fizikal Absurd
Dalam sinetron, segala macam absurditi adalah dibenarkan. Watak-watak mampu berselisih dengan jarak 2 kaki dan tidak perasan antara satu sama lain. Menyorok daripada seseorang dengan berselindung di sebalik pasu bunga sudah mencukupi. Satu-satu watak itu, boleh dibuat terpijak cendol, terjatuh dan koma. Apapun boleh.

4) Mainan Kamera
Kamera memainkan peranan penting dalam menambahkan intensiti satu-satu scene itu. Paling berkesan ialah penggunaan slow-motion yang diulang-ulang sekurang-kurangnya 4 kali. Teknik ini boleh membuatkan apa-apa situasi menjadi cemas. Scene terpetik kacang masuk dalam air pun boleh jadi mencemaskan.

5) Deus Ex Machina
Sinetron tidak akan lengkap tanpa penulisan secara deus ex machina, atau penyelesaian dari langit. Penulisan begini meletakkan satu-satu watak itu dia dalam situasi yang memang tidak dapat diselamatkan tetapi dapat keluar dengan 'pertolongan dari langit' yang tak masuk akal. Contoh, katakan antagonis berada dalam situasi 'no escape', tiada jalan keluar dan sudah pasti ditangkap polis. Tetapi, dia berjaya melepaskan diri dengan menyorok di belakang pasu bunga. Ataupun watak protagonis kita terperangkap, di ambang untuk ditikam oleh antagonis, tiada apa boleh menyelamatkannya. Tiba-tiba, antagonis tadi terpijak cendol, terjatuh dan koma.

6) Scene Menangis
Sebagai extra atau rempah kepada sinetron tadi, jangan lupa masukkan scene menangis. Menangis bukan yang biasa-biasa, menangis mestilah melampau-lampau sampai melutut cium lantai dan kalau boleh selama 7 minit. Dalam satu season, sekurang-kurangnya harus ada 15 scene menangis.

Monday, August 15, 2011

Buffet dan Moraliti

Sekarang ini di radio ada satu iklan. Iklan buffet di Uniten Bangi. Dalam iklan ini seorang ibu dan anak kecilnya bersembang hal buffet yang disebut tadi.

Pada akhir iklan ini ibu tadi berkata, "Ada diskaun untuk warga emas tau, jadi semua boleh ikut!".

Apakah yang cuba disampaikan daripada ayat itu? Kalau tiada diskaun untuk warga emas dia tak akan bawa mak bapaknya? Celaka!

Monday, May 2, 2011

Misi yang Gagal

"Din!". Panggilan Azman tidak dijawab.
"Din!"

"Ha", suara Din kedengaran. Dia muncul tercungap-cungap.

"Amacam?"

"Fuh gila ah. Nyaris aku terkena tadi. Ramai dah terperangkap dalam tu. Zairi, Gaddafi, Ja'a. Semua aku tengok dah mati dalam tu."

"Hah macam mana boleh mati?", Azman terkejut.

"Ntah, diorang melekat kat dinding tu sampai tak boleh bergerak. Aku saspek diorang sampai semalam. Saipul ada lagi kat dalam tengah nazak. Dia bagitau aku." jelas Din lagi.

"Dah tu tak bawak dia keluar?"

"Tak boleh beb, kalau aku pegi selamatkan dia, dengan aku aku sekali mati." tegas Din.

Azman tunduk mengeluh.

"Bahaya tempat ni. Nasib baik aku riki dulu tadi. Dulu Zam Razali mati kena macam ni jugak", Din menambah.

"Sekarang apa kita nak buat?"

"Kita kensel aje la hari ni. Ko bagitau budak-budak semua. Tempat ni off-limits. Kita kena pegi cari kat tempat lain"

Azman, Din dan tim mereka pulang ke pangkalan dengan tangan kosong petang itu. Hasrat mereka untuk menyapan sepapan gula-gula Halls tidak kesampaian. Cuaca panas dan lembab mungkin menyebabkan gula-gula itu melekit lantas menjadi perangkap kepada mereka.

Apa agaknya reaksi permaisuri nanti.

*Berikut adalah teori mengapa gula-gula bersemut di 2 bongkah yang pertama sahaja.

Thursday, April 28, 2011

Paralaks Adat

Jam 26.
Sudah 26 jam, 1371 puisi, 120 pembayang unik, 78 guru, 152 siswazah, 1141 pelajar dan 30 orang awam. Berikut menggambarkan intensiti acara ini. Acara membaca puisi secara terus menerus tanpa henti selama 30 jam di hadapan perpustakaan negara ini bakal mencipta rekod baru negara dalam pembacaan puisi tanpa henti, memecahkan rekod sebelum ini iaitu selama 1 jam 12 minit. Ini dikatakan acara kebangsaan kedua terbesar pada tahun itu selepas Piala Thomas.
Acara pembacaan puisi tanpa henti memerlukan peserta-pesertanya untuk membaca puisi berganti-ganti, tak kira syair, sajak, pantun atau gurindam, tanpa rehat. Jikalau ada saja jangka senyap selama 3 saat, rekod akan dibatalkan.
Di suatu sudut tercegat Shaari, Khalidi dan Huzaifah. Shaari, seorang entusias budaya, adalah kawan kepada Khalidi. Khalidi, seorang saintis, adalah pacar kepada Huzaifah. Dan Huzaifah, seorang siswi universiti tempatan adalah seorang AJK kepada majlis ini. Pertemuan mereka adalah secara sengaja dan kebetulan. Khalidi memang sengaja mahu bertemu Huzaifah, manakala Shaari kebetulan mahu memulangkan buku yang dipinjamnya, "Pengenalan kepada Pencak Silat" tulisan Halimi Mansor.

Dalam perkenalan itu, Shaari tiba-tiba menawarkan diri untuk berpuisi. Dia ingin mewakili kategori orang awam, sesuatu yang amat digalakkan oleh penganjur. Dan sudah tentulah ini satu berita baik buat Huzaifah yang memang menggalakkan orang awam untuk terlibat.

Tiba giliran Shaari, dia bergegas ke pentas. Takut kalau terlepas 3 saat yang bakal memutuskan rekod yang dibina beribu orang sejak berjam-jam yang lalu. Orang ramai yang pada itu lebih tertarik dengan fizikal Shaari menanti dengan penuh keterujaan, terutama sekali Huzaifah dan Khalidi.

"Golek gelentang menanti nyawa," Shaari memulakan pembayangnya kepada apa yang boleh diaktakan sebagai pantun.

Wow. Detak hati penonton-penonton. Pembayang yang tidak pernah mereka dengar selama ini. Profesor-profesor bahasa yang asyik bersembang dengan orang di sebelah, bersila panggung, siku di sandar kerusi, badan sedikit senget, kini mula membuka telinga mengalih pandangan ke tengah pentas.

"Datang nyawa badan binasa," sambung Shaari. Senyuman dapat dilihat di wajah Huzaifah dan Khalidi. TIdak silap dia memberi peluang kepada Shaari naik ke pentas. Bukan calang-calang pemuisi rupanya.

"Apakah saya?"
Sejurus selepas mengajukan soalan itu, Shaari dengan tenang meletakkan mikrofon pada tempatnya. Sambil tersengih dengan tanpa rasa bersalah, dia turun ke pentas dengan rasa bangga. Dia terus duduk di barisan hadapan yang agak kosong, bersilang kaki, sambil tangan kanannya bergendang-gendang perlahan pada sandar kerusi kosong di sebelahnya. Bangga.

Bangga kerana dia memang pasti ramai yang tidak dapat menjawab teka-teki nya.

Monday, March 7, 2011

Was Just Thinking

In one scene from the the movie Warlords, Andy Lau's character was at knifepoint when he said:

'If you kill me Shounzon will be in bloodbath.'

The guy holding the knife then responded:

'I have the same number soldiers. They would surely defend this place until the end.'

Several things ensued which would further make the events seemed 'epic'. But then I was just thinking. If I were in Andy Lau's place, I would have:

Nodded, carved a little smile, and said, 'hence, the bloodbath', with hand gestures and all.
Maybe it could cheer up the situation a bit no?

Apa Nak Dibuat?

"Atas jalan raya, hujan lebat. Kereta banyak ni. Lebatnya sampai susah nak nampak kenderaan lain di jalan raya."
"Soalnya bagaimana nak membolehkan kenderaan lain nampak saya supaya tidak berlaku kemalangan? Mestilah pasang hazard light kan? Dengan memasang hazard mesti kereta di belakang akan perasan dan dan lebih berhati-hati. Takkan nak pasang lampu dak? Bukan malam pun."

Genius!

"Hujan masih lebat, hazard light sudah dipasang. Kereta lain mesti kagum dengan teknik yang saya gunakan untuk memberi amaran tentang kehadiran saya dihadapan mereka."
"Ops nampaknya saya sudah hampir ke destinasi. Sekarang saya berada di lorong kanan dan saya ingin masuk ke simpang kiri. Kereta banyak ni. Kalau nak masuk aje macam saya buat selalu macam takut pulak. Oh ni kena bagi signal ni. Tick."
"Eh nanti dulu. Dengan hazard light yang terpasang ni, apa akan jadi kalau saya signal ke kiri? Apakah lampu belah kiri akan nampak lebih laju dari signal belah kanan? Err, ke nak kena bukak tingkap hulur tangan?"

Genius!!!

Thursday, March 3, 2011

In Your Face

To unlock the keypad of this new Nokia phone, you just have to push the hangup button, causing the display to light up and then tap on the Unlock touch button on the screen. Touch button?

Yup, very simple. One press of a key followed by a single touch on the screen. Why not right? Come to think of it, this small phone could be making a statement. It could simply be a big "fuck you" to all the smartphones requiring the user to slide their fingers on the screen to unlock the phones, in a subtle way.

Pretty pointless now huh?