Saturday, October 27, 2007

Sebab Sebenar Kesukaran Komunikasi Sel

Seperti Hari Raya yang lepas-lepas perasan atau tidak, talian talipon biasanya sesak. Nak talipon tak dapat, mesej yang sama dapat sampai 2 kali, mesej setahun lepas muncul balik (lalu mendatangkan nostalgia). Sepatutnya dengan adanya Measat 3 benda ni tak boleh terjadi. Tak boleh.

Rupa-rupanya, menurut salah seorang angkasawan Russia yang balik dengan Dr. Sheikh Muzaphar hari tu, telah berlaku satu peristiwa pada malam hari raya (di sana dikira malam saja). Waktu itu Sheikh tengah berjalan di ruangan angkasa dan ketika itu di singgah sebentar di salah satu Measat. Nak dijadikan cerita Sheikh ni tadi tersepak cable power satelit tu menyebabkan satelit tu terpadam.

Mahu atau tidak si Sheikh ni terpaksa pergi memasang balik plag satelit tadi yang soketnya terletak di bulan. Itu pasal la ada lagi 3 eksperimen tak siap masa dia balik sini.

2 comments:

did.i said...

adib.... ko jgn buat citer kat abg ensem aku tuh ngahahahaha oh mus (*drool)

fadz said...

hehehe, baguih tul...! salam adib!