Tahun 2008 telah mencatatkan satu sejarah paling besar Amerika, yang sedikit sebanyak juga telah memberikan impak kepada negara-negara lain dalam dunia. Buat pertama kalinya, seorang berkulit hitam, atau kasar sedikit, Nigro, dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat. Malah lebih tepat ini adalah pertama kali di mana jawatan itu dipegang oleh seseorang yang bukan orang putih (caucasian).
Kemenangan Barack Obama dikatakan kemenangan rakyat Amerika yang memilih perubahan. Namun jauh di sudut hati, rakyat nigro Amerika merasakan ini adalah kemenangan mereka. Kemenangan rakyat kulit hitam. Orang kulit hitam yang dulunya memasuki Amerika sebagai hamba atau slave kini dilihat menerajui tampuk pimpinan negara itu.
Perkara ini awalnya kelihatan seperti tidak logik. Tidak masuk akal sehinggakan filem komedi Head of State lakonan Chris Rock dibuat pada tahun 2003 tentang seorang nigro menjadi Presiden Amerika. Pada waktu itu, filem ini disambut dengan hilai tawa, spesifiknya oleh kaum kulit hitam di sana. Tiada siapa menganggapnya dengan serius.
Namun ramai yang tidak tahu siapa sebenarnya yang memberi inspirasi kepada Obama dalam usahanya untuk menjadi presiden Amerika. Ramai yang menganggap pemberi semangat utamanya adalah mendiang Martin Luther King Jr. dengan ucapan "saya ada mimpi"-nya. Tetapi, Martin hanya setakat itu. Dia mati ditembak sebelum dia dapat jadi presiden. Tidak, Obama tidak menjadikan Martin yang tidak mempunyai pencapaian nyata sebagai inspirasi.
Sehinggalah baru-baru ini Obama telah memberitahu inspirasi sebenarnya kepada aku melalui perbualan telefon. Inspirasi Obama sebenarnya datang dari seorang manusia bernama Jerry Fithry Kamaluddin atau lebih dikenali sebagai Lokap. (sila abaikan asal-usul nama Lokap ini)
Baru-baru ini telah berlangsung satu majlis atau acara yang dikenali sebagai Malam Rentak Putra. Acara ini sebenarnya satu adalah pertempuran antara kugiran-kugiran dalam (dan luar) universiti. Bermula pada tahun 2006, acara ini kemudiannya diharamkan selama 2 tahun kerana telah berlaku kejadian bunuh dan seks 'extreme' pada malam acara ini pertama kali diadakan.
Ditambah pula salah seorang juri jemputan telah mengambil dadah secara injection ketika mengisi borang pengadilan. Havoc!
Dalam edisi MRP yang pertama ini, Jerry Fithri telah ditugaskan sebagai Ketua Slave. Bukan slavemaster tetapi lebih kepada headslave. Dalam menjalankan tugasnya, Lokap telah mengatur koordinasi slave-slave nya yang lain untuk bergerak dengan "fluid' sekali. Angkat amplifier, atur pentas, masak nasik. Serahkan saja pada Lokap dan slave-slave nya.
Namun pada Februari 2009, MRP muncul kembali tetapi kali ini menyaksikan Jerry sebagai presiden atau lebih tepat pengerusi acara. Jikalau dulu jerry berpeluh-peluh mencedok nasik Din Ses, juri jemputan, serta berasak-asak menjaga pintu dewan, kini dia hanya tersengih di belakang pentas menghembuskan asap rokok Winston Lights-nya ke arah Popo (ketua slave yang baru) yang sedang mengawal mesin asap.
Ye, sememangnya pencapaian beginilah yang dijadikan Obama sebagai panduannya dalam berkempen keliling Amerika dalam pilihanraya yang lalu. Pencapaian Lokap dari seorang slave kepada seorang presiden, mirip dengan pencapaiannya sekarang. Tahniah Lokap!
Popo pada masa yang sama turut menyatakan rasa terharu dan bangganya dengan pencapaian ini (pencapaian Obama menjadi presiden).
No comments:
Post a Comment