Monday, February 16, 2009

Perkataan dan Perubahan Makna

Dalam bahasa, ada beberapa perkataan yang apabila ditambahkan pada satu ayat akan merubah maksud ayat itu sama sekali. Salah satu perkataan terkenal dengan sifat itu ialah TiDAK.

Perkataan 'tidak' ini biasa kita gunakan dalam percakapan sehari-harian dan selalu juga kita jumpa dalam soalan-soalan Geografi. Contohnya:

"Manakah antara fakta-fakta berikut adalah TIDAK benar?"
yang membawa maksud berbeza sama sekali dengan ayat:

"Manakah antara fakta-fakta berikut adalah benar?"

Biasanya perkataan tidak itu akan di 'bold'kan sebagai memberi penegasan agar pelajar tidak terlepas baca. Ini kerana pada kebiasaannya dalam keaadaan masa yang suntuk, pelajar hanya akan membaca bahagian hujung soalan samada benar atau tidak benar.

Namun ada juga beberapa perkataan yang kadangkala apabila ditambah dalam satu-satu ayat tidak membawa perubahan makna yang signifikan tetapi kadangkala boleh juga mengubah maksud ayat dengan impak seakan 'tidak', mengikut keadaan ayat.

Contohnya perkataan BANYAK. Dalam ayat seperti:

"Di belakang rumah ada rambutan"
Tidak begitu berbeza dengan ayat:

"Di belakang rumah ada BANYAK rambutan"

Apa yang penting adalah di belakang rumah memang ada rambutan. Mungkin yang berkata-kata tidak mahu menekankan perkataan banyak supaya rakan-rakannya tidak memetik buah rambutan dengan sesuka hati.

Namun dalam situasi kedua, katakanlah ayat:

"Aku tak nak makan"
sangatlah berbeza dengan ayat:

"Aku tak nak makan banyak"

Situasi ini mengambil contoh sebenar apa yang berlaku. Ayat diatas telah diungkap oleh seorang rakan bernama Syahir atau dikenali sebagai Toron ketika di sebuah restoran "Kerat dan Kepingan Daging". Syahir yang sampai lewat, kelihatan penat dan telah melibatkan diri dalam satu perbualan:

Azlan : Ko nak makan ke tak ni?
Syahir: Aku tak nak makan banyak. (perkataan 'banyak' disebut dengan perlahan)

Menarik kerana ayat ini menggunakan kedua2 perkataan yang dibincangkan, TIDAK dan BANYAK.
Apa yang lebih menarik, tahap perbezaan maksud kedua-dua ayat tadi juga bergantung kepada orang yang menyebutnya.

Bagi Syahir ungkapan "tak-nak-makan-banyak"nya telah diikuti dengan:
"Hmm bagi saya Fish n' Chips satu"

No comments: