Penglihatan Mata Tertutup merupakan satu fenomena di mana sesorang mampu melihat keadaaan di sekelilingnya walaupun matanya tertutup. Yep, seperti apa yang dicadangkan oleh namanya tadi.
Tetapi ada pelbagai cara sesorang itu boleh melihat dengan mata tertutup. Biasa yang kita lihat, skill ini dilakukan oleh pengamal-pengamal seni mempertahankan diri seperti Frank Deux dalam cerita Bloodsport. Cikgu dia ajar dia macam mana nak menangkap ikan sambil menutup mata. Dia menggunakan deria rasa dan pendengaran. Terel.
Tetapi apa yang aku alami tempoh hari(atau bulan) merupakan sesuatu yang sungguh ajaib. Aku telah berjaya melihat dengan mata tertutup seakan-akan menembus kelopak mata. Yeah. Aku dapat melihat secara visual, tanpa bantuan audio atau sebarang External Sensory Mechanisms. Fenomena ini juga merupakan satu-satunya pernah direkodkan menurut Carl Jung.
Jadi satu pagi yang normal aku macam biasa datang ofis, duduk dalam kubikel, pasang laptop, goyang-goyang mouse. Entah kenapa letih sangat kot mata aku terpejam. Aku terdiam. Sungguhpun mata aku terpejam aku masih boleh nampak laptop aku. Huish.
Aku cuba menggoyang-goyangkan mouse, yep cursor dalam skrin bergerak. Canggih. Seronok rasanya. Dapat melihat dengan mata tertutup memang me'relax'kan.
Untuk kepastian aku tanya mamat kat sebelah aku yang duduk semeja ngan aku. Ok serius aku tak kenal mamat tu, dan setahu aku takde siapa duduk semeja dengan aku. Tapi aku tetap bertanya.
"Mata aku tutup ke bukak?"
"Tutup", kata mamat tu sambil mengangguk.
"Wow", kata hati aku.
Kemudian aku bangun dari kerusi untuk melihat kubikel-kubikel di sekeliling aku. Fuh. Ramai pulak orang hari ni. Dan ini dibuat sambil mata aku tertutup. This is a powerful gift.
So aku proceed untuk memulakan kerja. Kerja apa entah. Aku mula menaip-naip di laptop. Tiba-tiba pandangan menjadi kabur, malap. Semakin gelap. Aku bukak mata.
Laptop belum pasang lagi pun. Shithole!!
No comments:
Post a Comment