Friday, January 17, 2014

Merah Kanvas Biru

Dengan satu sentapan di kaki kiri, Mad Mat rebah di atas kanvas anjal selepas diperkenankan skill yang dinamakan sebagai 'Single Leg Takedown' oleh lawannya, Din Matthews. Dengan kedua-duanya rata di atas kanvas, mereka bergelut bergusti, sehingga Din Mathhews mendapat posisi side mount ke atas Mad Mat.

"Real bro, real", bisik Mad Mat ketika sedang separuh daya menepis tumbukan-tumbukan Din Matthews. Din Matthews tidak memberi respon. Dan setelah Mad Mat dapat memegang pergelangan tangan Din Matthews, menghalangnya untuk terus menyerang, Mad Mat mula membisikkan perancangan seterusnya kepada Din Matthews.

"Ok macam ni bro. Sikit lagi, kau tumbuk aku tiga kali, dan pada tumbukan ketiga tu aku akan dapat macam kekuatan. Lepas tu aku pulak tumbuk kau. Kau buat lemah, kita bangun kemudian aku suplek kau sekali dan aku elbow drop kau sekali. Next, kau pulak bagi suggestion. Ok start sekarang.", bisik Mad Mat dalam menggapai nafas.

Din Matthews yang kehairanan dengan apa yang dibisikkan Mad Mat tadi terus menjawab, "Kepala hotak kau!", dan sekaligus memberi dua siku, satu di atas dahi dan satu lagi di belakang telinga Mad Mat, sebelum perlawanan dihentikan oleh pengadil Raof Winters.

Mad Mat pengsan setelah menerima siku kedua tadi. Itu adalah perlawanan Mad Mat yang pertama di dalam kancah UFC selepas berhijrah daripada liga gusti professional, WCW. Itupun atas desakan kawan-kawan. Masalahnya tiada siapa bercerita hal sebenar UFC ini kepada Mad Mat. memang Mad Mat kena game. Friends like these huh?


No comments: