Antara cerita yang paling melekat dalam ingatan tentang arwah ayah aku ialah cerita T-Bone Steak. Setiap kali kami nampak T-Bone Steak, cerita ini akan dibangkitkan.
***
Hari itu, di Ipoh, kami memutuskan (ayah yang buat keputusan, mana ada orang lain) untuk makan tengahari di Royal Ipoh Club. Ini di luar norma kerana biasanya kami ke sana untuk makan malam. Entah kenapa hari itu pergi makan tengahari.
Ada beberapa pelayan tetap restoran itu. Tiga orang aku ingat, ketiga-tiganya cina. Paling tua, kedua tua, yang mana kami panggil sebagai Tommy Lee Jones, dan yang paling muda, lebih kurang macam Forest Cat rupanya. Aku tak berapa ingat siapa yang ambil pesanan waktu itu, tetapi aku rasa waiter cina tua yang paling otai di situ, atau kadang-kadang kami panggil 'Pining Kepala'. Itu lain pulak kisahnya.
Aku tak ingat apa yang aku pesan, tetapi yang pasti aku akan ingat apa yang yah aku pesan sampai bila-bila.
"T-Bone Steak satu", kata ayah aku.
Pining Kepala, dengan gaya confident dan eksyen mengangguk dan menulis dalam buku kecilnya. "T-bone steak satu", ulangnya. Sekurang-kurangnya itu yang kami rasa kami dengar dia sebut. Kemudain dia sambung dengan satu soalan yang menyebabkan kami agak speechless:
"Mau biasa ke special?"
Ini memang rare. Tak pernah lagi aku dengar orang order T-bone Steak special. Makanan barat di gerai-gerai Uptown pun tak pernah aku dengar steak atau chicken chop special. Biasa kalau steak ni orang tanya rare, medium, well done je. Ayah aku yang agak terkejut juga bertanya balik, "Itu special macam mana?"
Dia jawab, "Special punya itu ada taruk tulur atas".
Peh, bertambah rare. Lagi rare daripada steak dengan darah mengalir. Sudah tentu, out of curiosity, ayah aku mintak yang special. Too special, this t-bone steak taruk tulur.
Selama menunggu makanan sampai, pelbagai spekulasi kami buat tentang t-bone steak special taruk tulur ini. Sehinggalah apabila makanan sampai, barulah segala misteri terurai.
Dan dalam hati kami ramai-ramai mengangguk setuju, tatkala masing-masing terdiam melihat makanan yang sampai:
Bihun goreng. Dengan telur, of course.
No comments:
Post a Comment