Dalam perbincangan tentang hal melancong di Bali, seorang rakan kami, Saufee (aku sudah ubah namanya menjadi lain daripada nama sebenar. Terlalu lain sehingga susah kalau orang nak meneka), beberapa kali menekankan yang dia tidak akan turut serta jikalau kami ingin singgah ke kuil-kuil di sana. Dia mahu stay in. Duduk bilik, atau rumah, atau whatever.
Classic move, Saufee. Ini mengingatkan aku pada apa yang berlaku pada tahun lepas, kali terakhir dia stay in. Waktu dia berhoneymoon dengan isterinya Maominlon, boleh pulak terkena sengat rambutan laut. Tak boleh berjalan lah, kaki bengkak lah, apa lah, jadi kena lepak dalam bilik. Macam sengaja je disengat.
Sudah hampir setahun benda ni berlaku. Anak dia sekarang dah 2 bulan umurnya.
No comments:
Post a Comment