Terdapat pelbagai jenis perlakuan manusia ketika membeli-belah. Ada yang suka 'membeli-belah tingkap', ada yang membeli seperti besok Y2K akan menyerang, dan ada yang membeli secara terancang. Biasanya perempuan akan terkategori dalam golongan yang kedua dan lelaki pada golongan yang ketiga. Kategori yang pertama boleh dikatakan umum.
Ramai antara kita yang kadang kala hanya ingin melihat-lihat sahaja, tetapi sedikit terganggu dengan orang kedai yang mengikut kita ke setiap ceruk kedai. Tempoh hari aku rasa seperti hendak terajang lutut seorang brader kedai kaset yang seperti mahu bermain polis sentri dengan aku.
Apapun kedai yang biasa menjadi tempat untuk melihat-lihat adlah kedai muzik, kerana barang-barangnya mahal kalau setakat ada 7 ringgit di dalam poket. Kedai ini biasanya disinggah secara tidak sengaja. Selalunya kita secara tidak sengaja melaluinya setelah membeli stokin di kedai sukan.
"Eh, kedai gitar."
Ada macam-macam taktik yang boleh digunakan untuk melihat-lihat ke dalam kedai muzik dan tidak kelihatan seperti seorang jakun yang daripada dulu teringin belajar bermain gitar. Biasanya seseorang itu, (setelah melihat-lihat gitar di dalam kedai dan mengintai-ngintai tanda harga) boleh mengakhiri lawatan dengan membeli pemetik atau 'pick' gitar, berharga dalam dua atau tiga ringgit. Ini paling tidak akan meninggalkan impressi dalam hati brader yang jaga kedai tadi seperti:
"Ooh pick lembut. Kaki blues mamat ni."
Tetapi kalau mahu tingkatkan lagi tanggapan brader kedai, seseorang boleh juga membeli tali gitar, yang mana boleh menelan belanja sehingga 20 ringgit.
Namun baru-baru ini ada lagi satu taktik yang boleh digunakan tanpa mengeluarkan wang. Seseorang itu boleh mengambil beberapa batang pengetuk deram (drumsticks), hayun-hayunkan satu persatu dengan gaya bermain deram lalu bertanya kepada brader kedai, "Yang itu takde eh?"
Sebelum keluar dari kedai dengan tangan kosong setelah puas duduk dalam air cond.
4 comments:
stakat nak ekon.
susah2 je berlakon.
bek aku dok masuk dok kat kedai kentaki.
kalau singgah kentaki lagi la kena membeli. nak beli sikit-sikit mana boleh. paling kurang x-meal air twister. nyum!
kalo ko mmgla kena beli mcm2 dalam kentaki tu kan?
eh maksud aku kalau paktor hahaha
Post a Comment