Wednesday, April 22, 2009

Mee Tek tek



Walimang Kadiran sedang menolak perlahan pondok penjajanya di pinggiran Jalan Sukajadi apabila tiba-tiba ditahan oleh dua orang kutu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia berbuat-buat pekak. Sudah seharian dia menjaja di merata kota Bandung Utara, dan dalam fikirannya hanya mahu pulang ke rumah melihat rancangan kegemarannya Empat Mata yang dihos oleh Tukul Arawana. Tetapi kemudian dia terfikir apa salahnya jikalau dia masak sekali sahaja lagi. Duit lebih itu boleh juga dibuat beli Marboro keretek.

"Ada jual apa ni pak?", tanya salah seorang kutu tadi. Ternyata mereka bukan orang tempatan.

"Nasik goreng ada, mee goreng ada..", jawab Walimang.

"Mee Tek tek ada?", sampuk salah seorang kutu sebelum Walimang sempat habis menceritakan menunya.

"Ada, boleh aja. Mau goreng ka rebus?", tanya Walimang dengan tenang.

"Goreng sebungkus."

Walimang pun melepaskan pemegang pada pondok penjajanya dan terus mencapai kuali kecilnya dalam satu 'compartment' di bawah dapur mininya.
Api dinyalakan sebelum dia sekali lagi mengambil sesuatu dari 'compartment' tadi. Sebuah baldi berisi air. Baldi itu adalah pemberian Jokomo Jasni ketika dia bekerja membancuh simen di Jogja dulu.

Kutu-kutu tadi yang menanti dengan penuh debar akan tindakan susulan Walimang boleh dikatakan agak tergamam apabila melihat dia memasukkan air tadi ke dalam kuali diikuti sebungkus mee segera.
Yep, mungkin mereka tergamam ketika ini. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana lahapnya mereka menghabiskan Mee Tek tek di bilik hotel tidak lama selepas itu.

***
Tidak lama sebelum itu

Walimang perlahan-lahan keluar dari perteduhan di gerai pecel lele Kartika Sari. Hujan baru sahaja berhenti. Dia nampaknya sudah bersedia untuk sambung menjaja di Kota Bandung semula.

Diperiksa baldi aluminum di bawah dapurnya. Kosong. Lalu dia meletakkan baldi tadi betul-betul di bawah bucu atap kanvas gerai Kartika Sari, sebelum menarik sedikit bucu kanvas tadi.

"Ngambilin airnya ya", kata Walimang kepada Kartika Sari sambil air hujan yang bertakung pada atap kanvas itu mencurah-curah ke dalam baldinya. Kartika Sari hanya mengangguk.

"Ok", detak hatinya.

4 comments:

paktor said...

sedap ke mee tu?

hj.pet said...

mee nye xsedap..tektek yang sedap..

adib said...

paktor,
cam biasa je rasa dia...
eh aku ke kutut tu? haha

hjpet,
demm haji yang perverts!!

hj.pet said...

apsal plak pervert? tektek bukan t*t*k.. (.)(.)