Satu pagi yang biasa, Din yang dalam perjalanan ke pinggir matahari telah singgah ke bulan. Berbekalkan cangkul dan pencebak yang terdapat dalam kapal angkasanya, Din telah bertindak menggali di satu kawasan di permukaan bulan untuk mencari logam Pintium.
Sudah lama Din mencari logam Pintium. Logam ini dikatakan adalah kunci kepada penyelidikannya dalam mencipta mikrocip Octavis. Malangnya elemen ini tidak terdapat di Bumi dan sudah tentu tidak tersenarai dalam jadual berkala karya Dimitri Mendeelev. Menurut rakan penyledikannya, Azman, Pintium berasal dari planet Turpentin yang terletak kira-kira 5000 tahun cahaya dari bumi. Jadi peluang untuk menemuinya amat tipis.
Tetapi dia masih teringat dalam hujah-hujah Azman, dia ada menyatakan kemungkinan ada sedikit elemen itu tertinggal di bulan sewaktu penghuni planet Turpentin pulang dari meletupkan popoulasi dinosaur 65 juta tahun dahulu.
Dan atas pegangan kata-kata itu Din telah menggali selama lebih kurang dua jam-bulan, sehingga sebuah lubang berukuran dalam 4 kaki terhasil. Mungkin nasibnya baik.
Sekembalinya ke bumi, Din dilihat memikul sekampit pasir bulan, memandangkan kebetulan pasir tandas kucingnya Chong, baru sahaja habis.
5 comments:
Hey incik adib. Awak takde ym ke..
:D
hehe. ada la tulih kat profile tu. adibyss. tapi saya jarang-jarang sekali online. tapi kalau ada give me a holler k.
ok.. :]
yeayyyy!! pasni adib mesti slalu online..xinvi dah mcm biase..har har har
haha manede weih aku memang jarang online la. bos merayau
Post a Comment