Sunday, March 8, 2009

Alasan Kukuh Untuk Melempang Seseorang

Bayangkan satu situasi.

Seorang anak muda ditugaskan untuk mengajar dan memberi panduan kepada segolongan pekerja dari lain kompeni tentang penggunaan satu "web application". Pekerja-pekerja tadi atau dalam konteks ini 'students' kepada anak muda ini terdiri dari pelbagai peringkat umur, tetapi berani dikatakan semuanya lebih tua dari anak muda tadi.

Jadi, anak muda tadi pun memulakan tugasnya, dengan yakin dan penuh kaliber. Diterangkannya satu persatu, langkah demi langkah, dan diulang pula jika ada yang tidak dapat menangkap. Kelihatan pekerja-pekerja tekun mendengar sambil mereka sendiri mencuba pada laptop mereka. Ada yang tidak membawa laptop mengambil inisiatif berkongsi dengan yang membawa laptop. Selesai sesi pertama anak muda tadi elah memberi peluang kepada student-student nya untuk bermain-main dengan web application tadi dan bertanya sebarang soalan.

Tatkala sedang menjawab soalan-soalan normal dari student-student, seorang pekerja
(yang boleh dikatakan seorang yang pakcik-pakcik) kelihatan membuat muka penyek seakan-akan menahan berak. Di meja yang direka untuk dua orang itu, pakcik ini duduk seorang diri dengan mejanya kosong melainkan sebuah beg yang tersandar pada dinding. Pakcik ini kelihatan resah, tak puas hati dan dari gayanya boleh dikatakan dia ini seorang yang suka memberontak dan anti-establishment.

Pakcik itu kemudian memanggil anak muda tadi ke mejanya. Saspens.

"Saya nak komplen sikit la", pakcik itu bersuara. Matanya merenung anak muda tadi yang berada pada kedudukan yang lebih tinggi kerana anak muda itu sedang berdiri, separuh melalui kanta cermin matanya dan separuh tidak ber'filter'.

"Saya tak setuju la cara awak mengajar ni. Saya dengan tak tau apa, apa pun tak nampak, saya tak paham apa ni.", pakcik itu menambah. Muka masih penyek.

"Sepatutnya haritu masa bagitau suruh datang, pesanla suruh bawak laptop. Saya dengan tak bawak laptop ni, saya rasa saya dapat zero la macam ni."
"Tak patut la saya rasa. Cara macam ni tak betul. Sepatutnya awak buat satu workshop yang proper panggil kami buat benda ni."

Anak muda tadi mengangguk dan mengaku secara lisan sepatutnya para peserta diberitahu tentang perlunya membawa laptop. "Takpelah pakcik, besok ada lagi. Kalau boleh besok bawaklah laptop ye. Boleh saja kalau nak start-over", kata anak muda itu dengan penuh sopan.

Pakcik itu tidak senyum. Bibir mulutnya melengkung ke bawah menunjukkan kekecewaan. Mukanya masih kelihatan menyampah. Menyampah dalam erti kata akarnya: sampah. Mukanya masih sampah.

"Saya ada bawak laptop ni, tapi kabel tak bawak", katanya tanpa rasa bersalah atau bodoh. Kata orang putih 'without the slightest of guilt'.

Tuan-tuan dan puan-puan berikut merupakan satu contoh di mana kita boleh melempang seseorang atas satu alasan yang kukuh.
Nasib baik tua je.

3 comments:

Gula "gulaley" Kapas said...

Part pesan suh bawak laptop tu aku buleh terima lagi. Part tak bawak cable tu aku tak tahan ;D kahkahkah

adib said...

yeh rasa nak lempang kan..

hj.pet said...

ako rase mcm kenal la anak muda dalam citer ko ni! hahah