Friday, March 20, 2009
Daun Atas Bantal (1998)
Aku mula-mula tengok filem ni pada tahun 2004 kalau tak silap aku. Aku lambat 6 tahun. Cerita ni biasa juga aku tengok dijual di kedai-kedai video seperti Speedy contohnya. Sebelum itu pun aku biasa ternampak bekas CD ni dalam bilik abang aku. Pada mulanya aku ingatkan cerita hantu. Maklumlah waktu itu sibuk dengan cerita hantu. Jadi mulanya aku dismiss cerita tu. Sampai la bila aku tanya abang aku cerita apa tu.
"Uih best tu cerita tu.."
Salah satu iklan cerita dalam VCD tu adalah cerita Ada Apa Dengan Cinta, filem yang aku tengok setahun sebelum itu yang menjadi kegilaan remaja dan pada aku salah satu titik kebangkitan filem Indonesia dalam rantau ini. Dan setelah aku menonton Daun Atas Bantal, aku bebrbisik dalam hati, ini lah cerita yang patut orang Malaysia tengok, bukan Ada Apa Dengan Cinta.
Ceritanya ringkas, simple. Tentang seorang perempuan dan tiga orang anak jalanan bawah jagaannya. Filem ini menceritakan tragedi yang menimpa anak-anak jalanan ini dalam satu jangkamasa. Ini sangat kontra dengan filem Ada Apa dengan Cinta, kisah anak-anak berada bercinta dan berseronok di Jakarta. Konflik paling dahsyat pun masa rumah Rangga kena serang dengan geng-geng politikus apa ntah. Lepas tu okay. Daun atas Bantal sebaliknya memaparkan anak-anak jalanan yang hidup di setinggan (slums, yeh mereka juga slumdogs) Yogyakarta.
Pada mulanya, aku sekadar tengok sahaja filem ini. Aku suka dengan shot-shot nya. Memang cantik dan dirancang dengan baik sekali. Ceritanya pun rasa seperti gelap. Aku rasa seram dengan mafia ansuransi yang dipaparkan. Membunuh tanpa amaran. Kau jalan-jalan lepak-lepak, bila-bila masa boleh kena bunuh. Aku terdiam(literally) di depan TV lepas menonton filem ini. Betul-betul meninggalkan kesan.
Aku suka scene yang ini. Shot Heru berdiri atas keretapi dengan kamera mengikuti dari tepi tu memang wow!
Kemudian baru-baru ini aku ada membaca satu ulasan mengenai filem ini. Satu ulasan yang negatif. Pengulas dakwa Garin Nugroho(pengarah filem ini) tak tahu membuat filem. Garin, katanya, lebih sesuai membuat dokumentari. Dia tidak tahu membuat dialog.
Ini membuatkan aku ingin melihat semula filem ini. Dan ye aku akui filem ini macam dokumentari. Tapi tak bermakna filem ini tidak bagus. Dan pada aku antara filem terbaik pernah aku tengok.
Filem ini sememangnya tidak banyak dialog. Dan dialog yang ada kebanyakannnya pendek-pendek. Tidak ada satu dialog panjang antara dua orang yang intense yang biasa boleh dilihat dalam filem-filem jenis ini*. Perbincangan tentang masa depan, nasib, perasan aku persaan kau, akal, perubahan dan macam-macam bullshit lagi.
*Jenis ini dalam erti kata filem tentang masyarakat susah. Struggling society kata orang putih.
Filem ini pada aku mempunyai kekuatan visual. Banyak disampaikan secara visual. Hatta, kurangnya dialog. Seperti kematian Heru. Sebab dia dibunuh tidak diberitahu, tetapi bagi penonton Indonesia mungkin mereka sudah tahu siapa yang membunuhnya. Sehinggalah pada babak-babak akhir kita diberitahu tentang operasi mafia ansuransi melalui satu laporan berita.
Oklah mula dari awal.
Kancil, Heru dan Sugeng, tiga 'beradik' yang dijaga oleh Asih (Christine Hakim).
15 minit pertama memaparkan kehidupan rutin anak-anak jalanan ini. Mungkin tidaklah rutin, tetapi pendek kata perkara-perkara normal yang mereka lalui. Perjalanan hidup mereka kemudian sedikit terganggu dengan kematian Kancil akibat terhantuk kepalanya pada terowong ketika melepak di atas bumbung keretapi. Kematian Kancil (paling muda antara mereka bertiga) bagaimanapun tidak banyak memberi kesan dalam menggerakkan plot cerita ini. Cerita ini bersambung dengan mendatar, kembali mengisahkan kehidupan Heru dan Sugeng. Perjalanan hidup normal mereka terus dipaparkan sehingga ke 3/5 jangka masa cerita. dalam jangka masa itu, tidak ada konflik yang betul-betul signifikan.
Plot kemudian mula bergerak apabila Heru dihalau oleh Asih atas keceluparannya. Daripada situ kita lihat bagaimana Heru perlahan-lahan mengubah imejnya seperti yang selalu dipesan Asih, dengan harapan Asih menerimanya kembali. Sugeng pula yang sering berkawan dengan seorang pengukir key chain, Den (kot nama dia) menjadi keseorangan selepas Asih menolak cinta Den. Dari situ perubahan mula berlaku. Heru pula mulai berubah bukan saja dari segi imej tetapi juga sikap. Dan setelah Heru tidak pulang beberapa hari (kerana dibunuh), Asih mula terasa masyghul dan rindu tanpa mengetahui tentang kematian Heru.
Tidak lama Sugeng menemui ajal dalam satu kes tersilap tikam, dimana sasaran pembunuhnya adalah Den. Filem ini diakhiri dengan kawasan setinggan tadi ditutup untuk memberi laluan kepada pembangunan. Atau mungkin akibat daripada dua kes pembunuhan di situ. Asih pula dilihat tidak dapat menerima kematian ketiga-tiga 'anak'nya sehingga jiwanya kacau.
Aku sememangnya banyak bergantung pada visual dalam cerita ini. Dialog yang ada menggunakan dialek Jawa yang pekat sampai aku tak faham. Sarikata pun tak ada. Jadi aku terpaksa tengok dan assume. Filem neorealism ini menggunakan anak-anak jalanan sebenar. Heru, Sugeng dan Kancil adalah anak-anak jalanan sebenar dan mereka menggunakan nama sebenar mereka. Ada juga aku terbaca bahwa salah satu scene dimana anak-anak ini mabuk bukanlah satu lakonan. Diberitakan salah seorang daripada anak-anak ini mati malam itu ditabrak motokar.
Mungkin ada yang selepas menonton cerita ini akan mempertikaikan apa tujuan cerita ini. Apa objektifnya? Apa plotnya? Siapa protagonis siapa antagonis? Apa perjuangannya?
Ini mengingatkan aku kepada satu episod Natonal Geographic dimana mereka merakam kan kehidupan seekor singa dari dilahirkan sehingga dia berkeluarga dan kemudian mati. Thrilling.
Pada aku filem ini harus dilihat secara menyeluruh (as a whole). Tentang kehidupan anak-anak tak berdaftar di 'slums' Yogyakarta. Filem ini seperti sebuah dokumentari tanpa narrator, dimana pengarah membiarkan sahaja apa yang berlaku dengan semula jadi (macam National Geographic tadi). Sebenarnya filem ini lebih dekat dengan hidup. Kita sendiri tak tahu apa plot hidup kita.
Apapun filem ini memang favourite aku sampai aku sendiri tak faham apa yang aku melalut kat atas tadi.
Apahal la aku tulis review ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
i have read some of your old posts.
and i think i have fallen in love with you.
;p
well, thank you for falling in love with me though this is the first time
@ adib
ekekekeke... tak kesah lah first time ke second time ke last time ke... jemput2 la aku time nak kenduri nanti :D hehe *wink wink*
hahaha. behave Gula.
@ adib
ekekekekeke... fuyoo! dah ada gaya ke-bapa-an dah tu ;D. dah tak lama lagi dah ni aku nak savor nasik minyak kenduri adib ;D hehe
*somebody spank me!! wakakakaka ;p*
you're welcome.
so...
do u love me too?
ahahaha.
Gula,
Haha. Banyak tengok tv ko ni haha.
Nadzirah,
Well why not hahahahha.
@ nadzirah
The last time i checked, Adib is still single-mingle-available u kno ;D *wink wink*
@ Adib
Progress cerite cinte korang ni ngalahkan sloth la Dib. Speed-up + aggressive sket. Takyah tunggu gurl wat move dulu, tak macho la camtu *aiya! itu pun nak kene ajar ke ;p*
Cepatla.. nasik minyak ko dah merayu2 menyeru aku dah tu ;p *wakakakaka*
Oh ye, aku tak layan Tee-Vee. Aku tengok anime ;) *hehe*
gula,
dia suka tulisan je la.
aku kan bengis, gemuk, selekeh, rambut kembang, kuat merompak, isap dadah, kasut rabak, makan hati, potong barisan, ponteng kelas, telan cicak, meniaga mlm dan beberapa perkara yang menjengkelkan lagi.
@ adib
Ko cakap kat aku wat pe. Lagi baek to tanya tuan punye badan tu sniri, sekadar suke tulisan ko ke lebih dari tu. :)
Segala sikap + sifat ko, selagi tak menentang agama, kire orait la tu :)
Yang bengis tu...
buleh jadi penyabar
Yang gemuk tu...
buleh kuruskan/kempiskan
kalu bukan digebu2kan lagi
Yang selekeh tu...
buleh dikemas2kan
Yang rambut kembang tu...
buleh di-rebonding-kan
kalu bukan dibotakkan
kalu bukan di-afro-kan
Yang kuat merompak tu...
buleh dirajinkan tobatnye
Yang isap dadah tu...
buleh di-renti2kan
Yang kasut rabak tu...
buleh dishopping kasut barukan
*sekarang takde sale. aiya :(*
Yang makan hati tu...
buleh dicicah hempedukan
kalu bukan dicicah budukan
kalu bukan makan nasik minyak :p
Yang potong barisan tu...
buleh digam2 UHU-kan
Yang ponteng kelas tu...
buleh rajin2 g ceramah agama
Yang telan cicak tu...
buleh ganti telan satay kajang
Yang meniaga malam tu...
buleh diterus2kan
Yang beberapa perkara yang menjengkelkan lagi tu...
boleh di-modify sesuke hati mengikut selera ko
Hahaha.. Omg kelakarnya korang niii..
Gula kapas ni, male or female? Nak jatuh cinta dgn gula kapas pulak lah.
Eh! Tak tak! Setia setia! ;D
"Aku kan bengis, gemuk, selekeh, rambut kembang, kuat merompak, isap dadah, kasut rabak, makan hati, potong barisan, ponteng kelas, telan cicak, meniaga mlm dan beberapa perkara yang menjengkelkan lagi."
Saya tak kisah. Hahah..
@ nadzirah
OMG, gurl! No can do! I'm a gurl meself :). I'm unsingle-unavailable btw ;D
Saya hanya sekadar penyokong, selain dari penunggu nasik minyak kenduri adib ;) *hehe*
@ adib
Ha, Dib! Pe lagi? Orang tu dah kata tak kesah ;) *wink wink*
tak kisah eh. hehe.
gula ni seorang girls yang kelakar.
@ Adib
Ha'ah, aku kelakar dalam virtual life je, dalam real life jangan harapla... nanti Abang Sayang saya jeles *ehem* (*^-^*)
From: Me
To: Me
Stand behind the yellow line *i.e., line kuning kat stesen komuter ;D*. Don't get involved with others' cintan-cintun story... unless it has something to do with nasik minyak ;D
*hoii~! lambatnye progress ceritera cintun Adib-Nadzirah ni. Mana nasik minyak kenduri ni ;S. Megi pun lagi ekspres dari korang, tau :p*
*Oh nasik minyak, lambat lagi kite nak bertemu nampak gayanye ni :(*
Gula,
slow but steady, baybeh! Hahaha!
Yes, anda memang seorang yg sgt kelakar. :]
@ nadzirah
Oh? Tak tau pun kelakar. Ada banyak lagi kualiti2 lain ;).
- Pemalas
- Liat bangun pagi
- Liat mandi
- Liat makan
- Easily distracted
- Senang ngantuk
- Suke tido
- suke ngorat Abang Sayang
Jap, jap, jap... why is this about me?? Hoi, Dib! Mana ko ni? Apa ko buat ni? Kenapa aku lak yang interframe??
*suluh torchlight kat Adib :)*
*sori la, Dib. Torchlight pun jadi la, ek. Spotlight mahal sangat la :p*
*korek tabung*
*pergi beli spotlight*
*suluh2 mencari incik adib*
;]
wow.....aku tergumam sekujap dgn kisah cinta kau dib...
Hai Nazirah
Post a Comment