Saturday, March 7, 2009

Konsert Menara Cinta Dewa May 2005

Ini hanyalah catitan lama aku yang ingin aku 'reproduce' balik di sini. Saja-saja.

28 May 2005
————–
ketika mula berasak asak aku menggiatkan kaki
melangkah mencelah anak-anak yuppie yang masih
terpinga-pinga. Sesungguhnya crowd lebih gila dan
fucked up dari incubus punya show. Penuh nak
mampus. Usaha punya usaha aku berjaya sampai
1 meter dari benteng terdepan. Nafasku sesak
dengan perut yang kosong aku merasakan tenaga semakin
hilang. persembahan Kluk-kluk tidak ku sambut bagi
menyimpan tenaga. Show GSC hanya ku
goyangkan kepala yang pening dengan bau-bau tengik. Dewa
mula degan Roman Picisan dan sekeliling aku mula
melompat. Kakiku yang berselipar ternyata
sungguh ‘vulnerable’. Tenaga ku habis menahan budak-budak
bangsat ini daripada bertolak-tolak sehingga
menggugat tapak menara kl. Selepas lagu Kosong
perukut rasa kosong dan lain macam dan kepalaku
menyebut-nyebut perkataan muntah…muntah.
Selepas itu aku hanya duduk di tepi pentas penonton yang
bodoh itu. Aku hanya akan bangun jika mereka
memainkan lagu Restoe Bumi atau Bukan Rahasia.
Tapi puas hati kerana banyak lagu dimainkan.
crowd pun ramai gila babi. Harap-harap mereka datang lagi dan
kali ini membuat persembahan di dataran PJ.."

Di atas adalah petikan review yang aku cuba
publish di akhbar utama tempatan tapi tak diterima.

Gambar tak banyak, kamera Dugong habis bateri…
tapi Neneng bawak viewcam dan hasilnya bakal
dipasarkan di Yong Peng, Johor.

*******

Tapi sekarang entahlah, aku rasa lebih baik kalau diorang tak buat persembahan kat Dataran PJ. Baik main bola lisut.


6 comments:

Gula "gulaley" Kapas said...

Uik?!? Why the change of heart? Ke...

Rumah kata "Pergi",
Kubur kata "Mari".

adib said...

maksud skang ni aku rasa diorang dah tak best

Gula "gulaley" Kapas said...

Ko takde kata pun diorang tak best *ehem* ;D

adib said...

sekarang ni aku rasa cam dah kurang la..

Anonymous said...

orang kite ni biasenye kalo konsert2 pg.ble time konsert berunsurkan islam,sume kate tak cukup mase la..tak cukup duit la..
hurm....

adib said...

err baik cikgu... nanti saya main bola lisut je..ok?