Akhir-akhir ini macam-macam jenis teh dilihat dipasarkan dengan galak. Bermacam-macam pula khasiat dipromosikan bersama-sama teh yang dijual ini. Dari teh herba, teh mascotek, teh hijau, teh ganoderma, teh misai kucing, teh ekor anjing dan macam-macam lagi. Dengan pengesahan dan cop dari pelbagai badan pakar teh dunia, tidak ramai yang mempertikaikan isi kandungan sebenar teh-teh ini. Ada juga kemungkinan bahawa isi kandungan teh-teh ini hanyalah sekadar sampah sarap yang dibubuh dalam uncang tetapi tetap dinikmati orang ramai dengan lazatnya (kalau tak sedap dikatakan ubat, untuk menyedapkan hati) dan dijual dengan harga 3 ringgit seuncang. Pandai orang zaman sekarang berniaga.
Tempohari aku ada minum satu teh organik. Uncangnya dipeketkan satu persatu. Untuk detoksifikasi katanya atau untuk membuang toksik.
Rasanya: seperti lalang dicampur dengan ranting pokok rambai.
Ini membuatkan aku terfikir untuk menjual teh aku sendiri. Ideanya ialah dengan mencampurkan cebisan tapak selipar-selipar lama aku dengan bulu-bulu kucing yang melekat pada karpet lalu dibungkus dengan tisu tangan yang diglu kelilingnya.
Dan aku ingin menamakannya Teh Selipar.
Sekurang-kurangnya aku jujur.
5 comments:
Kewl ;D
Aku meramalkan, pelanggan tetap ko adalah tong2 sampah kalu bukan tempat pembuangan sampah ;D *ngeh ngeh ngeh*
serius rasa teh tu macam taik..
@ adib
Aku tak tau macam mana rasa taik. Mana ko tau rasa taik..? Ko pernah savior taik ke..? Musti kecik2 dulu ko selalu bergelumang kat kolam takungan najis :p hehehehehe
teh soo chwen?
@ adib
Ni teh--orang, ke teh--air ni??
Post a Comment