Jadi aku tempah makanan, sebiji burger, air teh dan cincin bebawang. 20 ringgau semuanya. Gila kau, macam makan set 5 ketul ayam kentaki.
Harga satu hal, burger-nya yang senipis-nipis buku komik Dragon Ball tu benar-benar mengecewakan kerana kalau dilihat pada gambarnya macam langit dengan teras bumi.
Dengan ini aku isytiharkan kedai makanan segera paling ripoff setakat ini ialah A&W. Kalau tak kerana root beer, onion rings dan kadang-kadang waffle-nya, A&W pada aku boleh pergi meninggal.
Yang mana aku rasa mereka berdua dah buat pun.
2 comments:
Langgar diet ko niii hehehe
manedeee...aku makan beger nipis jee. takde nasik kira ok la kan? haha
Post a Comment