Thursday, November 28, 2013
Memori
Beza antara memori manusia dan memori yang disimpan dalam cakera keras yang kau dok kendong kesana-sini dalam beg tangan itu ialah, memori manusia tidak selamat; sekejap sahaja boleh hilang.
Mana kau letak kunci tadi? Dah siram pokok ke belum? Apa nama menantu adik kau? Semua ini berpunca dari kehilangan memori. Lupa. Manusia memang dicipta untuk lupa. Kalau benda-benda penting atau rutin harian pun kita boleh lupa, inikan pula perkara-perkara trivial, yang tak berlaku selalu walaupun berlaku pengulangan.
Macam aku, aku asyik terlupa. Asyik, walaupun bukan selalu tapi setiap kali, aku asyik terlupa betapa onion rings di Burger King tak sedap langsong! Siapa la punya resipi, mai sini aku buh penendang kat dada tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Gambar kepala hotak tu mesti ko yang lukis kan??
Yaahaaa pandai pun. Real kan?
Real. Kepala hotak ko. Haha
Post a Comment