Sunday, December 26, 2010

Sedikit Info tentang MILO

Entri khas pada 17hb Disember 2010 untuk Opah

MILO pertama kali dilancarkan di Australia pada tahun 1934. Penghasilan MILO adalah hasil dari masalah yang dihadapi ketika Era 'Depression' iaitu kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak.

MILO adalah sejenis minuman coklat malta yang sudah dicampur bahan-bahan lain. Jangan dikelirukan dengan coklat tulen. Kerana itu kita boleh bancuh Milo kosong dan rasanya masih sedap berbanding coklat kosong yang super pahit.

Apapun, Milo juga sebenarnya dipasarkan di negara-negara lain juga selain Malaysia, bertentangan dengan kepercayaan popular. Namun adalah satu fakta bahawa Malaysia merupakan pengguna terbesar Milo dalam dunia. Di Malaysia, Milo boleh dipesan di hampir kesemua premis makanan, dari gerai yang bertapak atas longkang sehingga ke restoran hotel 40 bintang. Walaubagaimanapun di negara lain, Milo adalah agak rare.

Mengikut sensus, 90% rakyat Malaysia adalah peminum/pemakan Milo. Dan 70% daripada penggunaan 90% itu adalah dari Opah. hehe

Selamat Hari Jadi Opah!

Saturday, December 11, 2010

Id Melawan Ego

Kadangkala aku secara pra-sedar akan memberi jawapan-jawapan tidak munasabah kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada aku. Dan kadangkala soalan tadi dibalas dengan soalan pula. Ini barangkali disebabkan ego yang sudah menguasai id aku.

Macam tempoh hari di Kentaki, orang Kentaki itu bertanya pada aku, "Nak sos lebih bang?".
Orang normal akan menjawab "Oh boleh jugak". Betul, dan itu sebenarnya apa yang id aku mahu jawab.

Tapi tidak, mungkin kerana ego, atau mahu control macho, aku bertanya balik, "Ada?". Ini barangkali untuk menampakkan bagaimana aku rileks sahaja dan tidak terlalu excited mendapat sos lebih. Dan aku kemudian terfikir, jikalau aku lah yang menjadi orang kentaki tadi, dengan id aku tiba-tiba naik ego mungkin, mahu sahaja aku menjawab "Takde". Seakan menampar muka sendiri. Puas hati pun ada.

Tapi apa yang berlaku, id orang kentaki tadi mungkin kagum dengan ego aku sehingga aku balik dengan segenggam penuh sos cili extra.

Monday, December 6, 2010

This is How We Rock and Roll (the money)

Legendary Rock Band: We will be doing our very last concert together before we break up. Make sure you, our hard rocking fans, do not miss this once in a lifetime opportunity. We promise you the greatest show of the century with our awesome 1996 line-up. Hurry up for the tickets!

Die Hard Fan: Oh shit, the greatest rock band in the world is breaking up and is going to do a final concert. I'm feeling sad but at the same time really excited about this concert. I can't miss this one. I may have to sell my guitar to get the front seat and to buy all their one-time unique merchandise.

***

Three months later..

Legendary Rock Band: We will be doing a nationwide tour with another legendary rock band because you, our cool fans, asked for it. This is going to be the best concert ever to rock the nation's soil because this will be our last time together. Don't miss this one out especially if you missed the last one.

Die Hard Fan: Oh shit, they are doing another concert. My dream is coming true. Oh hell I had just wished that they would another one because the last was just not enough. I shouldn't miss this one for it will be the very last concert for my most favourite rock band in the world. Rock on! I'll work overtimes to get the best seat!

***

Five and a half months later..

Legendary Rock Band: Hey fellow fans, we will be doing a reunion concert. All of the old gang are back together to perform an ultimate final concert. This will be our final concert together before we all go on our own paths. And when we said all the old gang we really mean it. The concert will be featuring all of our former 14 guitarists, 8 bassists and 4 drummers. Get your tickets now for this explosive night!!


Die Hard Fan: Oh shit..

Tuesday, November 23, 2010

Binatang dan Jenisnya

Dalam dunia ini ada tiga jenis binatang.

Pertama:
Jenis yang menggigit anggota tubuh kita, katakan kaki, sehingga secebis kulit dan daging terkoyak dari induk. Cebisan ini akan diluakkan semula tak jauh dari kaki. Yang ini okay sedikit kerana kita boleh ambil cebisan daging tadi pergi ke ke klinik dan tampal semula.

Kedua
Jenis yang menggigit anggota tubuh kita, katakan kaki, sehingga secebis kulit dan daging terkoyak dari induk. Cebisan ini kemudian dikunyah dan ditelan. Yang ini tidak okay kerana kita tidak dapat mengambil semula cebisan tadi untuk ditampal kepada kaki kita yang rompong. Melainkan kalau kita bawa binatang tadi ke klinik dan ambil bahagian tubuhnya untuk ditampal ke kaki kita. Itupun tak elok kerana warna kulit tidak sama dan kalau binatang itu berbulu lagi tidak elok rupanya.

Ketiga
Jenis yang menjilat-jilat anggota tubuh kita, katakan kaki, kemudian dibiarkan tidak berbasuh. Kaki kita tidak semena-mena akan berbau ikan. Yang ini pun tidak okay kerana bakal menarik perhatian yang pertama dan kedua.

Monday, November 1, 2010

Thursday, October 28, 2010

Cerita untuk Ayah

Selepas tahlil aku dan Tok meniarap di ruang tamu. "Baring le Dib", katanya. Malam ketiga, tetapi kesedihan Tok masih nampak kuat. Akan diulang-ulang cerita kenangannya bersama Ayah. Sambil menggosok-gosok kepala, Tok mengeluarkan kata-kata pasrah. Matanya masih merah bergenang. Ini adalah pertama kali aku melihat Tok segelisah ini. Apa tidaknya, dia baru sahaja kehilangan satu-satunya anak lelaki yang juga merupakan sahabatnya.

"Ramai kawan ayah kamu ye Dib?", soal Tok merujuk kepada sekumpulan staf-staf arwah ayah yang datang pada malam itu untuk majlis tahlil.
"Deme tu staf ayahnya Tok", jawab aku.

"Yang sorang tu orang mana ke tu?"

Aku tahu 'yang sorang' dimaksudkan Tok adalah David Osman, orang negro Sierra Leone yang turut sertai tahlil malam itu. Osman sebenarnya adalah seorang pelajar PhD di UTM dan bekerja kontrak selama setahun di bawah ayah sambil menyiapkan tesis nya.

"Orang afrika", jawab aku kepada Tok.

"Orang Afrika ye? Hish hitam benor", kata Tok sambil tergelak kecil.
Dalam mata aku berair aku juga mampu tergelak kecil. Aku lihat Tok dan terfikir, kalaulah dapat aku ceritakan hal ini pada ayah....

Tuesday, October 19, 2010

Stop that thought!

If you find yourself on a white beach surrounded with perfect turquoise water, go and run into the sea. Do not question where you're at. Do not think of why you're there. Because most probably it is just a dream. And before you know it, everything vanishes to the background image of your ceiling fan.

Monday, August 30, 2010

Di Balik Gobok

Sofea mencepak-cepak setelah merasa sedikit habuk batang buruk daripada sebuah balang terbuka. Kerja budak-budak dia lah ni. Dia merasa lagi. Sedap pulak katanya dalam hati. Sambil mencepak dia memandang ke atas dan cuba untuk mengenali rasa habuk batang buruk itu. Macam rasa apa ye. Kemudian di menggigit secebis daripada batang buruk tadi. Lembut dan rapuh. Sedap. Tanpa disedari habis sebatang ditelannya.

Sambil menjilat-jilat habuk batang buruk di sekeliling mulutnya, Sofea menggelengkan kepala. Aish, sedap betul katanya. Ada rasa manis, rasa lemak, masin-masin sikit pun ada. Just nice. Jauh lebih sedap dari kayu-kayu almari yang menjadi santapannya selama 8 tahun, tegas Permaisuri Anai-anai itu lagi sambil memeluk batang buruk kedua.

Saturday, August 21, 2010

Drama Melayu Lagi

Dalam situasi ini, ada tiga orang sedang menunggu di ruangan menunggu hospital. Tiada orang lain, hanya mereka bertiga. Dua lelaki satu perempuan.
Kemudian seorang doktor perempuan masuk ke dalam ruangan menunggu. Doktor Ayu nama dia rasanya. Dan seperti biasa, dengan tipikalnya, ketiga-tiga manusia yang menunggu tadi bangun dan menumpukan perhatian kepada Doktor Ayu. Jarak antara mereka boleh dikatakan satu kaki setengah, maksimum.
"Macam mana doktor?", adalah soalan wajib dalam situasi ini. Barangkali, perkara ini sudah tertulis dalam buku teks penulisan skrip drama. Boleh jadi. Okay, tak mengapalah.

Doktor Ayu menyatakan keadaan terkawal tetapi, "Ada sesuatu yang saya perlu bincangkan dengan encik Rizman", tambahnya. "Mari ikut saya".
Jadi salah seorang daripada mereka bertiga yang bernama Rizman ini meninggalkan ruang menunggu mengikut Doktor Ayu ke pejabatnya.

Dan sejurus Rizman dan Doktor Ayu hilang dari pandangan, wanita yang menunggu bersama-sama tadi, Suraya mungkin namanya, aku tak ingat bertanya kepada lelaki yang seorang lagi: "Rizman pergi ke mana tu?", dengan muka sehabis panik.

Ini menarik. Kita sebagai penonton pun tidak tahu apa yang mahu dibincangkan Doktor Ayu dengan Rizman. Dan soalan Suraya itu walaupun agak menghairankan, mungkin memaksudkan dia mahu tahu apakah perkara yang mereka mahu bincangkan. Lelaki yang diajukan soalan ini (aku namakan dia sebagai Din), berpeluk tubuh, mengecilkan mata, dan menarik nafas sedikit sebelum memberi jawapan. Boleh nampak Din berfikir sedikit sebelum menjawab. Pasti Din tahu sesuatu yang kita, penonton, dan Suraya tidak tahu.

"Ermm.. Doktor Ayu ada sesuatu nak bincang dengan Rizman". Full stop. Momen yang memang membunuh mood.

Perlukah intelektualiti penonton dihina sebegitu? Soalan retorik. Jangan bagi jawapan seperti Din.

Baru ingat nak bagi peluang kedua kepada drama-drama melayu bersiri macam ni. Terpaksa aku sahur ekstra sekeping roti sebagai pampasan penghinaan ini.

Wednesday, August 18, 2010

Apabila Sesat Dalam Hutan

Gunakan iPhone kamu dan keliling seorang kawan yang memegang botol air secara menegak. Ini dinamakan kompas manusia.

Ataupun kamu boleh bertanyakan arah jalan pada penghuni rumah di belakang sana

Monday, August 9, 2010

Pangkat Dua Bahagian Dua

Masuk ke dalam kedai sukan berjenama dengan berbaju melayu, seluar berlubang dan selipar jenama Asadi, tiada siapa pedulikan kehadiran walaupun tiada pelanggan lain. Double standard di negara ini masih kuat rupanya.

Tambah menyakitkan hati ialah belum habis bertanyakan soalan-soalan berkenaan sebelah kasut yang menarik minat, promoter berwajah pan-asian yang tergagap-gagap berbahasa melayu, beriya-iya menuding ke arah kaki dan berkata: "Takde saiz".

Tuesday, August 3, 2010

Melukis-lukis

Aku sedang melihat video orang melukis potret di komputer apabila Syahir yang mencuri-curi tonton di belakang memberi komen: "Susah sial nak lukis potret"

"Demmit!" aku kata dalam hati. Aku tak kenal rupanya si Syahir ni. Melukis potret memang susah, dan kenyataan Syahir secara spesifik itu agak mengelirukan aku. Bukan calang-calang orang boleh mengeluarkan kenyataan begini.

Jadi bagi meleraikan kekeliruan aku bertanya soalan basic kepada Syahir. Habis basic:
"Kau reti lukis Arnab?"

Syahir terdiam dan menggelengkan kepala.
"Bagi la aku can!!!", jeritnya.

Kami ketawa. Aku ketawa dengan gaya Mumbra, mata terpejam. Sambil menarik balik tanggapan-tanggapan dalam hatiku tadi.

Monday, July 26, 2010

Google Semangat

Satu hari aku google: Fat Free-diver Youtube. Mahu lihat bukti dalam bentuk video.

Hasil carian: Fat guy jumping off Diving board at Heath Beach.
Apa tu?: Orang gemuk melompat dari papan anjal sambil disorak orang ramai.

Demmit. Patah semangat aku ni.

Friday, July 9, 2010

Manusia Bangsa Kompleks

Manusia merupakan sebuah bangsa yang hebat. Antara binatang-binatang yand ada di muka bumi ini, manusia merupakan binatang yang paling maju.
Jika dilihat evolusi dan perkembangan otak manusia, begitu besar julatnya diantara dua hujung. Bermula dengan membuat peralatan dari batu seperti kapak untuk mengetuk benda lembut yang lain dan untuk membunuh kerbau. Kemudian satu kutu ni terjumpa api dan dari situ manusia mula memasak binatang lain kerana aromanya lebih enak dan supaya tidak sakit perut selepas makan. Legendary.

Selepas itu ada yang mula munjumpai logam. Besi diasingkan dari bijih dan kemudian kapak yang tadinya dari batu kini dalam bentuk besi. Tak lama, ada pula yang mula mengira-ngira, mencipta sistem nombor lalu terhasil-lah istilah matematik. Matematik membantu manusia untuk membuat keputusan dengan lebih jitu, membuat bulatan tepat dan membina bangunan-bangunan untuk didiami. Doktrin-doktrin seperti statistik dan kebarangkalian dicipta oleh manusia supaya tidak meneka-neka bodoh apabila perlu untuk meneka-neka. Dahsyat bangsa manusia ini.

Maju lagi ke hadapan, manusia mula menggunakan elektrik. Elektrik, iaitu cas-cas bergerak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini pernah dianggap luar dari kemampuan pemikiran manusia. Dengan matematik, manusia dapat mengawal dan menggunapakai cas-cas halimunan ini bagi pelbagai kehgunaan. Dan dari besi pula manusia telah mencipta kenderaan, baik darat, air atau udara. Orang-orang di zaman Rome dulu tidak pernah terfikir untuk travel ke tanah Bavaria dalam masa dua jam sahaja. Kini boleh.

Pap! Tahun 1957, orang Russia dengan kemajuan pesat pelbagai teknologi, telah membuat roket dan kemudian dihantar ke luar dari bumi. Bumi yang orang dulu ingat adalah dunia, rupa-rupanya ada bahagian luar. Ditambah dengan perang dingin dengan Amerika Bersatu, manusia sudah menjejak bulan. Sains roket, iaitu yang dikatakan orang sebagai bidang paling kompleks dalam sains, sudah dikuasai manusia. Kemudian perlahan-perlahan manusia mula membangunkan teknologi komputer.

Dan bermula dari penghujung 90an, teknologi komputer tampak menjalani pembangunan yang drastik, baik dari segi hardware ataupun software. Komputer bolehlah dikatakan sebagai gabungan kesemua teknologi yang dibangunkan sebelum ini dan ditaruh ke dalam satu kotak. Walaupun komputer tidak boleh terbang sendiri ke angkasa lepas atau menembak jeep musuh, tetapi manusia secara keseluruhannya menggunakan komputer untuk merekabentuk dan membuat analisis bagi melaksanakan perkara-perkara yang dikatakan. Dulu kita tak pernah pun terfikir kemapuan untuk berkongsi resepi puding dengan seorang kawan yang berada di Siberia. Sekarang boleh kongsi resepi puding.

Begitu hebat evolusi manusia ini. Kucing, kalau boleh berkata dalam Bahasa Melayu dan kalau ditanya adakah bangsa manusia ini hebat, kucing akan menjawab "Hebat".

Tetapi disebalik kehebatan dan segala teknologi yang sofistikated ini, bangsa manusia ini boleh pula emosi dan mengamuk-ngamuk pada tahun 2010 apabila seekor sotong dikatakan membuat ramalan keputusan perlawanan bolasepak, dan ramalannya kena. Walhal sotong itu lapar dan memilih makanan yang padanya lebih menyelerakan. Aneh bukan?

Dan kucing, kalau boleh berkata dalam Bahasa Melayu dan kalau ditanya adakah bangsa manusia ini bodoh, kucing akan menjawab, "Bodoh".

Wednesday, June 23, 2010

Satu Malam Apabila Aku Memasang Radio

Satu malam aku memasang radio. Waktu itu aku dalam perjalanan ke Bukit Sentosa. Satu minggu aku berulang-alik Shah Alam-Bukit Sentosa-PJ dan selama seminggu aku mendengar CD album Keroncong Klasik Volume 8. Album yang menampilkan M. Rivany, Toto Salmon, Waldjinah and gang. Pada malam itu mungkin baru berkahir putaran yang kesembilan belas tanpa henti buat album itu dalam pemain cakera apabila aku berkata, "eh try dengar radio lah".

Siaran pertama aku bukak, ada keluar lagu bising-bising. Bunyi orang nigro terjerit-jerit sambil bercakap laju-laju. Bunyi bass menghentam-hentam mengiringi di belakang bagai di-sample dari disko-disko gelap. Hanya bunyi synthesizer membekalkan sedikit melodi, itu pun dalam dua note. Bullshit. Aku tukar siaran. Radio apa pun aku tak tau, di paparan hanya keluar nombor seperti markah per seratus.

Lagu seterusnya, lagu melayu. Lagu-lagu jenis sekarang di mana kita tak dapat nak beza siapa penyanyinya mahupun lagunya. Ini lagu-lagu yang sekali dengar boleh tau, produk Akademi Fantasi. Terus tukar.

Tamil. Tak paham. Terus tukar. Tapi kalau paham mungkin lebih menarik dari radio-radio tadi.

Akhirnya, kerana tidak puar hati dengan channel-surf tadi, aku terus memilih radio yang aku mahu dan tahu. Radio satu RTM, atau Radio Nasional. Kadang-kadang banyak lagu-lagu sedap yang diputarkan.

Ketika itu, sesi karaoke bersama pendengar baru bermula rupanya. Pendengar akan menghubungi radio dan request lagu untuk dinyanyikan bersama artis jemputan. Artis pada malam itu ialah Siti Fairuz. Aku tak berapa pasti Siti Fairuz ini siapa sebenarnya, teapi nama macam famous tetapi yang pasti namanya bunyi old-school gila. Ok, takpe. Layan aje.

Pemanggil pertama, lelaki, minta lagu Hati ke Hati. Lagu lama asli. Standard lagu irama Malaysia. Lenggok musiknya, diiringi accordion dan apa bagai. Ok lah juga. Boleh tahan juga suara kawan tu.

Pemanggil kedua, meminta lagu yang sama, Hati ke Hati. Berduet dengan Siti Fairuz. Ada sedikit kantoi suaranya.

Pemanggil ketiga, lagu yang sama.

Pemanggil keempat, lagu yang sama.

Sehingga pemanggil kesebelas, semuanya meminta lagu Hati ke Hati. Barangkali ini adalah rekod dalam penyiaran radio dimana paling banyak lagu yang sama diulang secara terus menerus dalam masa sejam. Gila!

Tekan Mode, tukar ke Cakera Padat.
CD 4, Trek 1: Padi yang Menguning oleh M. Rivany.
Kata orang alang-alang dah 19 genapkan ke saja ke 20.

Entah macam mana orang ramai boleh dengar radio eh?

Sunday, June 20, 2010

Dedikasi

"Biasa sebungkus untuk berapa orang?", adalah soalan yang diajukan.

"Sebungkus lebih dalam 3 orang kak. Biasa saya buat tiga orang. Nasik lebih untuk 3 orang telur sebijik dan sebungkus perencah lah. Itu yang standard. Tapi kalau saya, saya ada cara saya sendiri. Biasa saya akan taruh rencah-rencah yang saya rasa akak mesti tau punya, bawang merah, bawah putih, halia. Itu yang basic. Then taruh rencah sebungkus ni, tumis-tumis. Macam saya kadang-kadang saya taruh ayam yang dah hiris sekali nak tambah dia punya sedap. Then saya bubuh la apa sayur yang nak ditambah. Lepas dah tumis semuanya baru bubuh nasik. Las sekali baru nasik kak. Macam-macam cara saya vuba dah sebelum ni tetapi kesimpulannya memang nasik, the best is, bubuh last sekali", terang Ravi, selaku promoter produk baru Maggi, Rencah Nasi Goreng, dengan gaya seorang chef di hadapan 4 orang pembeli belah.

Sunday, June 13, 2010

Adat Resam yang Bagus

Kiah Sport pernah bercerita kepada kami tentang adat satu puak di Afrika. Ini pun dia dapat daripada apa yang diceritakan oleh kawannya. Bukan main lagi research si Kiah ni sebelum nak ke South Africa ni.

Apapun menurut adat ini, kata Kiah, perempuan yang sudah berkahwin dan yang masih bujang akan dibezakan mengikut pakaian. Perempuan-perempuan yang sudah berkahwin akan memakai baju, manakala yang belum tidak akan memakai baju. Jadi kalau kita ke kampung-kapung mere...

Nanti dulu. Yang belum kahwin tak pakai baju? Well, my, my, this is a very good culture!

Thursday, May 20, 2010

Sesuatu yang Baru

Manusia, apabila di bawah tekanan, berkemungkinan tinggi melakukan perkara-perkara aneh dan luar akal. Adakala manusia akan bertindak membunuh diri, ada yang akan makan dengan banyak ataupun ada yang bertindak menghabiskan duit tanpa sebab seperti membeli kereta control misalnya.

Y, aku sendiri pernah mengalami keadaan tertekan, yang mana diikuti tindakan luar pemikiran normal. Waktu itu adalah minggu peperiksaan di Liga Gading, dan kami masing-masing bertungkus lumus tidak tidur untuk mentelaah pelajaran.

Di dalam keadaan tekanan sebegitu entah bagaimana pemikiran aku melayang memikirkan perkara yang tidak penting. Aku teringatkan bagaimana kanak-kanak Tapah yang terus meratah Milo 3 in 1 apabila diberi oleh orang van Milo ketika Le Tour de Langkawi. Dan pada waktu itu aku hanya ada Nescafe 3 in 1. Lalu aku terfikir, " Ah what the fuck. Kalau Milo boleh diratah apa salahnya. Manufacturer pun sama. Yang ini pun 3 in 1 jugak. This is something new."

Nasib baik tak pening sampai sekarang.

Sunday, April 18, 2010

Tautologi

Trong (kepada semua orang): Nampak tu? itu la pulau yang kita nak pegi ni. Nama dia Pulau Pinang.

Adib (kepada semua orang): Kalau korang nak tau pulau itu lah yang kita nak pegi sikit lagi. Pulau Pinang nama dia.

Tuesday, April 6, 2010

Perkara-perkara yang Jarang Didedahkan Mengenai Lionfish


Lionfish adalah sejenis ikan yang berupa seakan-akan coral yang bergerak. Wajahnya juga bengis. Tetapi banyak lagi perkara-perkara yang kita jarang tahu tentang lionfish.

1) Lionfish adalah sejenis ikan yang kuat makan. Diketahui memakan binatang sekeras-keras ketam dan butter prawn.

2) Tiada pemangsa semulajadi. Kebanyakan ikan takut mendekatinya kecuali batfish.

3) Lionfish yang bukan orang asli (non-native ) di satu habitat biasa bertindak mengganas dan memakan ikan-ikan lain, menyebabkan ketidakseimbangan ekologi.

4) Lionfish adalah antara ikan yang paling berbisa dan boleh membunuh dengan hanya menggesel jambangnya pada betis seorang snorkeler, sebagai contoh.

5) Lionfish tidak takut pada manusia dan bot.

6) Satu kumpulan penentang lionfish bukan orang asli wujud di dalam Facebook dengan ahli seramai 46 orang. Ini adalah lucu kepada lionfish.

7) Lion atau singa mengambil nama dari lionfish dan bukan sebaliknya.

8) Mempunyai mekanisme pembiakan yang aneh dimana mereka boleh membiak dengan cepat mengatasi tapak sulaiman.

9) Seperti logik namanya, lionfish apabila dibawa ke darat, akan mengaum.


Aku masih ingat lagi beberapa hari lalu, seekor lionfish mengacah-ngacah aku di tangga jeti Pom-pom Resort, menghindar aku dari turun mandi laut. Kalaulah aku tau fakta ini awal-awal, sudah aku tubakan bawah jeti tadi.

Sunday, March 7, 2010

Selektif Anti-Newtonian

Din memasuki biliknya diikuti Azman.

"Peh, semak gila bilik. Ni baju kotor siap berlonggok atas katil ha", Azman membuat kenyaaan.

"Takdelah, ini baju-baju baru basuh la. Aku baru angkat jemur tadi" pertahan Din.

"Ye la kau"

"Tak percaya bau la wei, pelembut Soflan baru lagi kot."

Azman, dalam longgok-longok kain Din, mengangkat sehelai seluar bewarna hijau untuk dibau. Untuk memastikan, secara intuitif, bahawa seluar itu baru dibasuh, dan secara hipotetik, kesemua kain yang dilonggok bersama juga baru dibasuh.

"Eh, jangan ambik yang itu", celah Din.

Thursday, March 4, 2010

Drama Melayu Satu Kosong Dua

Dan kalau terasa segala praktis di dalam 101 dah terlalu banyak diulang..

Wujudkan satu alam bunian.
Dengan bunian yang comel.

Wednesday, March 3, 2010

Kedai Kopi

Aku sekarang perasan bagaimana topik perbualan dengan kawan-kawan makin lama makin lain.

Dulu
Azman: Ey Din ko dah beli belum kaset baru Razie Rahman?
Din: Belum
Azman: Aku dah. Sedap.

Sekarang
Azman: Ey Din ko dah ada company sendiri belum?
Din: Belum
Azman: Aku dah ada satu dah.

Monday, March 1, 2010

Drama Melayu Satu Kosong Satu

Rangka Cerita:
Ok. Cipta satu watak utama. Seorang lelaki, bercinta. Ibu tak restu. Ibu ada calon sendiri. Lelaki berdegil kahwin dengan pilihan hati. Ibu halau dari rumah. Pilihan asal ibu mestilah talam dua muka. Dia sabotaj bini lelaki menyebabkan lelaki ceraikan bini dia. Kemudian lelaki kahwin dengan pilihan ibu a.k.a talam dua muka dan ibu terima semula anaknya. Tak lama ibu dapat tau pilihannya adalah talam dua muka, lalu halau dari rumah. Mula meraung menyesal. Mintak maaf dengan bini pertama a.k.a pilihan lelaki. Tapi terlambat bini pertama dah mati. Kanser something.

Ok siap satu drama.

Pemilihan Pelakon:
Rosyam adalah pilihan terbaik tapi tak nak lah, nanti dikatakan terlalu cliche'. Ok, siapa lagi sesuai melakonkan watak tertindas, terhimpit antara bini dan ibu, tetapi pada masa yang sama ada ciri-ciri maskulin?
Nasir Bilal Khan. Atau adik Rosyam Nor.

Pemilihan Lagu:
Lagu-lagu sedih dari Sudirman, Carefree dan Kenny Remy Martin tak pernah gagal menitiskan air mata penonton. Kalau boleh guna yang minus-one atau versi organ sahaja untuk digunakan sepanjang cerita. Bila bahagian yang akhir masa semua orang menangis baru pakai lagu original.

Kalau anda terlepas menonton drama ini di TV, jangan risau. Setahun mesti ada tiga drama serupa ini.

Melihat Belakang 2

Aku masih ingat lagi dulu semasa dalam darjah dua, aku ada seorang kawan yang agak rapat bernama Phua Chai Ken. Dia juga adalah teman sebelah meja aku.

Adalah satu hari ni, ketika seorang cikgu perempuan kelas aku membebel di hadapan.
"You people only know how to talk talk talk talk..."
Begitulah lebih kurang luahan perasaan cikgu aku itu. (Bunyinya walaubagaimanapun lebih kepada "tock tock tock tock")

Jadi sebagai seorang manusia normal, aku merasakan perkara ini agak melucukan. Dan aku menyampaikan rasa lucu ini kepada Phua Chai Ken.
"Awak perasan tak cikgu cakap macam ayam? kih kih kih", bisik aku kepadanya. Di sini aku tak berapa ingat reaksi Phua Chai Ken. Samada dia turut ketawa atau membuat muka serius kononnya tekun.

Tak lama cikgu itu pun mula meronda dari meja ke meja. Sampai saja di meja aku, Phua Chai Ken tiba-tiba bersuara:

"Cikgu, tadi dia kata cikgu cakap macam ayam"

Dengan muka merah padam aku berkata, "Hah? Mana ada? Takde", sambil merenung muka cikgu tadi yang juga merah padam. Sambil mencekak pinggang cikgu itu berkata:

"Mana you punya homework?"

Ah. Inilah yang dikatakan orang sebagai kombinasi. Atau kalau dipendekkan "combo". Sudahlah di belot rakan sebelah meja, kerja rumah pulak tak siap.
Pada pengakhiran darjah dua, aku mula kurang berkawan dengan Phua Chai Ken kerana dia sudah mula menujukkan sifat-sifat fasis-nya.

Eh, ataupun akukah yang berkawan dengannya hanya supaya boleh pinjam pensel warna?

Friday, February 19, 2010

Words of Compliment

I hereby wish to compliment Old Town White Coffee for releasing their own canned coffee drink into local retail stores. What a smart move. After years of occupying strategic locations within the country whilst gripping a stronghold among the cafe (or kopitiam) industry, they finally broadened their market by inserting these tin cylinders next to your good ole canned Nescafes.

Pricing a little over Nescafe's various flavoured coffes, no one would have thought it was a complete ripoff. It was a marketing genius. No wonder Bill Hicks wanted them killed. Tasting nothing better than the Nescafes, they make the people (us!) pay 30 sen more just for the rip-off label. Yes, I was a victim.

Buncha capitalists!!

Wednesday, February 17, 2010

Pangkat Dua

Berdiri di hadapan Waterlily Balinese Bistro dengan berbaju t-shirt lusuh tiada jenama, berseluar pendek sukan, berselipar Asadi dan beg sandang keluaran kilang. Tiada siapa datang untuk menjemput duduk di meja. Double standard masih kuat di sini rupanya.

Mungkin tindakan (atau tiada tindakan) mereka betul untuk tidak melayan. Tambahan pula kalau nampak begitu 'obvious' berbicara dengan rakan tentang harga pada menu yang terdapat di entrance, apabila dari jauh boleh nampak jari menjalar di bahagian kanan mukasurat.

Friday, February 12, 2010

Enam Hari Seminggu

Satu hari ketika sedang minum petang dengan beberapa orang pekerja dari satu kompeni tenaga, seorang daripada mereka, seorang perempuan, mengomel.

"Ish aku tak tahan la jiran sebelah rumah tu, dok gantung spender kat luar rumah. Dah macam roti jala euuww"

Kemudian dia bercerita spender jirannya ada tujuh pasang kesemuanya. Satu untuk setiap hari dalam seminggu.

"Nasib baik tak tiga je. Sehelai untuk dua hari. Hehehehe.", dia ketawa seronok di kalangan lelaki.

Kemudian aku berpikir. Dua hari satu helai. Bermaksud tiga helai untuk enam hari. Hah lagi satu hari macam mana? Something doesn't add up.

Eh betul la. Hari Ahad tak pakai spender.

Thursday, February 11, 2010

Melihat Belakang

Sebenarnya, kalau diikutkan aku tak berapa ingat tentang diri aku sendiri masa dulu-dulu. Aku terfikir, bagaimana agaknya karekter aku dulu, secara spesifiknya semasa di sekolah rendah. Yang hanya aku ingat ialah aku seorang yang baik kelakuan, pendiam, selalu menumpukan perhatian ketika cikgu mengajar dan bercakap perlahan. Selain dari gemuk dan kerinting, itu sahaja yang aku ingat.

Apapun, perkara mengingat semula ini bermula setelah kehadiran seorang lelaki di ofis aku dalam beberapa minggu lalu. Lelaki ini mirip, atau boleh jadi memang Lam Wai Seng (betul ke ini nama dia?), seorang 'schoolmate' ketika di sekolah rendah dulu. Aku perasan kehadiran kutu ini kerana dia tiba di ofis aku dengan bising sekali, bercerita entah apa kepada admin aku. Hah, karekter pun dah mirip.

Apa agaknya yang telah aku buat pada Wai Seng ini masa di sekolah dulu. Relations aku dengan dia dulu seingat aku memang agak buruk. Mungkin menghampiri 'abysmal'. Ini kerana aku masih teringat ketika si Wai Seng ini sedang memberi jemputan ke party harijadi nya kepada rakan-rakan sekelas semasa waktu rehat. Masa itu kami dalam darjah 4 kalau tak silap. Dan aku masih ingat ketika tiba pada aku untuk diberi kad jemputan, dia berkata:

"I'm not inviting you!". Hahaha.

Bila teringat balik memang kelakar.
Tapi itulah, bila diingat-ingat balik aku rasa mungkin aku selalu mengutuk kutu ni di masa di sekolah. Dan aku rasa macam aku pernah bergaduh dengan dia ni atas isu pembaris (yang ada tangga tu) dulu. Apapun Wai Seng (kalau terbaca), mintak maaflah kerana mengutuk kau dulu.

Tapi ini tak bermakna aku tak memaksudkan kutukan-kutukan itu. Hahaha sekali lagi.

Huruf L

Kadang-kadang apabila lepak bersama kawan-kawan, akan keluar cerita-cerita lama. Dan kadang-kadand (daripada kadang-kadang) akan keluar kisah cinta-cinta silam (atau kisah-kisah cinta silam).

Secara khusunya tempoh hari ketika makan malam bersama 2 orang kawan, mereka bercerita bagaimana mereka mula bercinta dari sekolah rendah, membawa ke sekolah menengah, ke alam Ivy League dan ketika sudah bekerja. Dan diantara jangka waktu itu, jangan haraplah mereka bercerita tentang seorang pasangan sahaja.

Aku pula dalam ketika itu akan hanya berdiam diri dan hanya mendengar cerita-cerita mereka ini. Semakin lama mereka bercerita, aku terasa semakin gelap dan semakin kecil sehingga terdetak dalam hati aku:

"Gila loser aku ni. Shit."

Friday, January 29, 2010

To Define Horror

The moment I open the door, I was taken aback, literally. I trembled. I felt like the earth under me was vibrating in a certain frequency which would prevent humans, like us, to walk normally. I walked in reverse and got the hell out immediately.

It was a horrific sight. As cliched as it may sound, it was not a sight for sore eyes, or for the faint-hearted. Somehow I felt cold, and I thought maybe my face had just turned pale. But there wasn't any mirror around so I can't confirm this. How could someone do something like that? Has the world gone crazy?
Azlan was in there somewhere, I'm not sure if he'd seen it. I wasn't sure if I should report this, or just leave it there till someone else finds it.

Inside the car both of us kept quiet. I wanted to ask him about it but Ila was at the back munching on some tid bits she got from a previous wedding. The usual stuff, you know, some cakes, sweets and jellos. In some cultures, bringing up a discussion like this while someone is eating, is considered rude, very rude. So we talked about other stuff instead; television, old friends and organic trampolines. Azlan seemed calm and collected throughout the journey. It was as if if nothing had happened. What a sadist!

Later that day, Azlan finally broke the locks. Apparently, he did see it.
"Did you see what I saw just now?", he asked me, and chuckled.

He freaking chuckled!! I can't imagine how someone could chuckle at the sight of.. uh.. when someone didn't flush!

Thursday, January 7, 2010

Backtracks of 2009

2009 was a wonderful journey. Most memorable would be my travels during these 365 days.

January :
1) Tanjung Harapan, Port Klang.
- New year got off to a different start as commonly celebrated. There were fireworks indeed, just by the Batu 3 highway. Made ourselves to Port Klang to have our first meal of 2009 at a seafood restaurant. Participants: Lodeh, Pet, Ila, Jen, Kak Rok.

2) Bandung, Indonesia
- My uncle decided to marry a Sundanese from Bandung. As the closest family members, three of us went to represent the groom's family, besides, the groom's son himself. Ehehe. Participants : My mother, my brother.

February :
1) Pertak, kuala Kubu Bharu
- A mini journey to the Pertak waterfalls, the one Bulu had been telling stories of for morethan three years. Participants: Bulu, Dugong, Pet, Ila, Lodeh, Cikut, Zeti, Ina, Mat Dusun, Ayut.

March :
1) Sitiawan, Perak.
- A weekend trip to Mat Dusun's hometown in Sitiawan, Perak. The journey would involve playing cards in the middle of a waterfront, an afternoon swim in the waters of Teluk Senangin, a one and a half hour drive to Kuala Sepetang just for a bowl of overrated prawn noodles, and of course, mentarangs. Participants : Mat Dusun, Bulu, Effa, Jen, Kak Rok, Ancak, Bai.

May :
1) Melaka
- Just a week before the main event, Redang, five of us went to Melaka, staying at Lodeh's house. Met up with Dugong, a self-proclaimed Malaccan for three weeks, and we just walk ourselves around the city of Malacca. It was somekind of a preparation for the main journey. Morevoer, lodeh just bought a brang new Lubitel. Participants: Lodeh, Pet, Jen, Kak Rok.

2) Redang aka (RAKA)
- The main event, planned since the fourth quarter of 2008. Involving 16 of us, it was sure a headache for organizers me and Kak Rok, but was hell of a remedy too. Besides the compulsory snorkeling, went for squid jigging which was not everyone's cup of tea. Well almost not everyone's. This trip holds the record for the most vomits in a single trip. Participants: Jen, Kak Rok, Pet, Ila, Bai, Dugong, Bulu Pujek, Lin, Emi, Elma, Putat, Lodeh, Sinah, Popo.

July
1) Taman Tas, Kuantan, Pahang
- Wasn't really sure about the true nature of this trip. Probably we were just tagging along Pet's ritual balik kampung, besides attending Umi's wedding. It was also Ilah's second time to Kuantan, if I'm not mistaken. Syahir and Dirah was there too. And it was Dirah's weekly balik kampung. Went to swim for the second time at Balok, only to regret it later. Ate seafood at Tanjung Lumpur and had some kopi ayah peng at Emi's hometown, Kemaman.

August
1) FRIM, Kepong, Selangor
- Well, it was supposed to be a breeze walk according to mastermind Syahir. Just like a walk in the Lake Gardens, he texted me. Even in the text message I could sense a discomforting vibe of deceit. Squeezed out half of my life climbing up hills, walking through hanging bridges. Good Sunday morning activity though. Participants: Syahir, Dirah, Tompel, Shaz, Yong Shi Qim and Jedai.

October
1) Bandung, Indonesia
-Another big event in the travelling journal. Revisited Tangkuban Parahu which ended in a hilarious twist. Went to Kampung Daun, did some shopping, but were more excited with photogaphy. Participants: Pejai, Syeh, Hazami, Aiman.

November
1) Lumut, Perak
- APS Family Day this was held at Lumut's Swiss Garden Resort. Had an exciting event, with almost 60 of us wreaking havoc, well, mostly with our voices during karoke night. Participants: That 60 people.

December
1) Maldives
- Met some important, friendly locals, drank black tea, got sucked in by a Trong patch, had shower in a stranger's house, boarded a submarine and got followed by a freak. Summing this trip with the former sentence would be an understatement. This may not be a usuaal Maldivian holiday, but hell I could say that it was a true Maldivian experience. Participants: Jen, Kak rok, Elma

Wednesday, January 6, 2010

Kisah salesman di bandar Male'


Seorang salesman cuba untuk menjual barangannya di sebuah rumah agam, tetapi tidak berjaya. Apa yang dia tidak tahu ialah rumah itu adalah kediaman rasmi Presiden Maldives.


Jadi dia cuba menahan beberapa bot yang lalu lalang di situ untuk cuba menjual barangannya. Sebaliknya, pemilik-pemilik bot disitu pula menawarkan salesman ini pengangkutan ke Pulau Huluhule dengan bayaran 1 dollar sekali pergi.



Memandangkan hal ini salesman itu terus menaiki bot dengan tambang 1 dollar ke pulau Huluhule kerana dengar cerita di situ wi-fi percuma.